"Betullah Mahathir cakap, orang Malaysia ni manja bila ditolong. Pemalas!" demikian luahan kesal dan marah seorang pengguna Twitter terhadap berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengenai satu keluarga yang mengalami masalah tidak mampu bersihkan rumah sendiri.
Orang tak suruh kau hias rumah orang suruh kau jaga rumah tu pergi buang sampah celaka, dah berkali buat gotong royong kat rumah kau pon kau kotor kan balik bodoh. Betul lah mahathir cakap orang malaysia ni manja bila di tolong. PEMALAS!!— HermyR (@HermyRahim) August 26, 2018
It is a SAMPAH for god’s sake mf! pic.twitter.com/YFugeOiLji
Berdasarkan laporan itu, lima beranak berkenaan menetap di Taman Melur dengan keadaan rumah yang dipenuhi sampah sehingga mendatangkan bau busuk dan menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang jiran sekeliling.
Tiga anak merekab erusia dua, lima dan lapan tahun terpaksa hidup dalam keadaan itu dengan hanya berbekalkan tilam lusuh yang dihamparkan di ruang tamu yang penuh dengan sisa sampah, pakaian tidak dibasuh menjadi tempat mereka beristirehat setiap hari.
Penghuninya, Sariah Ahmad, 38, berkata, mereka mempunyai sebab tersendiri apabila terpaksa tinggal dalam keadaan begitu.
"Saya tidak mampu nak uruskan rumah sendiri, selain kurang berkemampuan untuk menghias rumah.
"Nak beli tilam baru untuk anak-anak pun tidak mampu. Kami hanya makan beli dari kedai sahaja, tidak masak. Kadang-kadang air pun tak ada, susah saya nak basuh atau masak," katanya.
Difahamkan, keluarga ini menerima bantuan elaun sara hidup setiap bulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan bebanan mereka. Tetapi keluarga ini suka berpindah randah.
Menurut Pegawai JKM Kulim, Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, aktiviti gotong-royong sudah beberapa kali dilakukan di rumah mereka, tetapi keadaan kembali kotor semula kerana tidak dijaga.
Disebabkan itu, JKM akan memberi tempoh seminggu untuk pasangan berkenaan membersihkan rumah mereka. Jika gagal berbuat demikian, JKM akan mengambil dan meletakkan tiga anak pasangan itu di bawah penjagaan JKM sepenuhnya.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam sikap malas pasangan berkenaan, selain gemar menunggu kehadiran dari pihak lain membantu mereka mengemaskan rumah.
"Kata hanya beli makan dari kedai sahaja, bukan ke kalau masak sendiri lagi jimat? Banyak pula duit asyik nak membeli saja. Selalunya nak jimat dan dapat banyak, masak sendiri.
"Biar kita susah, miskin, rumah buruk, janji bersih dan kemas walaupun rumah buruk. Sekurang-kurangnya kita selesa tinggal di rumah kita, walaupun kita susah bukan alasan untuk kita malas mengemas rumah. Benda basic dalam kehidupan, jaga kebersihan," kata netizen.
from The Reporter https://ift.tt/2MV6wbK
via IFTTT
No comments:
Post a Comment