Tidak puas hati bekas isteri enggan tinggal bersama, seorang lelaki yang dianggap gila talak itu tergamak mengugut mahu membakar rumah wanita itu, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 9.30 malam Sabtu lalu di Kampung Paloh Sungai Kiat, Kuala Terengganu, suspek berusia 40 tahun yang bersenjatakan pisau turut merosakkan barangan di sekeliling rumah bekas isterinya.
Suspek mencabut nombor plat kereta dan menendang pintu rumah untuk menakutkan mangsa, selain mengarahkan mangsa keluar dari rumah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun berada di rumah keluarganya yang didatangi suspek dalam keadaan marah.
Suspek memarahi mangsa yang keluar dari rumahnya dan menuntut dia kembali bersama dengannya biarpun mereka sudah lama bercerai.
"Bengang mangsa tidak menurut arahannya, suspek mula mengamuk dan merosakkan barangan yang ada menyebabkan mangsa serta ahli keluarganya yang lain ketakutan.
"Malah, suspek yang juga penagih dadah baru sahaja dibebaskan dari penjara. Mangsa yang bimbang kejadian buruk berlaku kemudian membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut," katanya.
Ekoran kejadian itu, polis telah menahan suspek pada jam 11.40 pagi kelmarin dan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
from The Reporter https://ift.tt/2wg7aX6
via IFTTT
No comments:
Post a Comment