loading...
  • Breaking News

    Tuesday, August 21, 2018

    (Video) 5 bulan tak bayar, kereta nak ditarik tetapi anak arwah tak bagi sebab dokumen meragukan


    Baru saja dimuat naik 16 jam lalu, namun video kejadian seorang penarik kereta bertengkar dengan lelaki yang dipercayai anak kepada pemilik kereta, telah dikongsi lebih 10,000 kali di Facebook. 

    Menurut individu yang memuat naik video itu, Theeban Ravi, berkata, pemilik sudah lima bulan tidak menjelaskan bayaran bulanan dan apabila penarik kereta mahu datang menarik kereta itu, anak kepada pemilik menghalangnya dari berbuat demikian. 

    "Kalau tak mampu bayar duit kereta, tak payalah tunjuk kepala. Walaupun you anggota *********, bagilah hormat kepada mereka yang tarik kereta tu," katanya. 


    Berdasarkan video viral itu, penarik kereta  terbabit menjelaskan dia telah ditugaskan oleh pihak bank untuk menarik kereta Proton Preve berwarna hitam itu kerana sudah lima bulan tidak menjelaskan bayaran. 

    Difahamkan, pemilik kereta berkenaan telah meninggal dunia dan ketika kejadian, kereta itu dipandu oleh anak arwah yang kemudian menghubungi abangnya untuk datang membantu. 

    Berdasarkan laporan yang dibuat oleh pengadu, kejadian itu berlaku di Cheras lebih kurang jam 2.30 petang semalam di mana datang dua lelaki yang mengatakan mahu menarik kereta tersebut. Tetapi dokumen yang ditunjuk meragukan. 



    Si abang kemudian cuba berbincang dengan cara baik dan meminta dokumen yang sah tetapi tidak mendapat kerjasama yang diharapkan dan mendakwa dua penarik kereta itu mula membuat provokasi yang menyebabkan kedua-dua pihak bertelingkah dan berlaku pergelutan. 

    Dua beradik berkenaan mengesyaki dua lelaki terbabit mahu menyamun kereta arwah bapanya. 

    Ekoran kejadian itu, dua beradik berkenaan membuat laporan polis kerana bimbang dengan ugutan yang dibuat oleh dua penarik kereta terbabit, selain tidak puas hati dengan tindakan mereka yang telah menyebarkan video kejadian sehingga menjatuhkan maruah, nama, imej pekerjaannya. 


    Berdasarkan semakan netizen, premit untuk menarik kereta lelaki terbabit telah tamat tempoh pada 9 Ogos lalu, dan sepatutnya tidak diberi kebenaran untuk menarik kereta tersebut. 


    from The Reporter https://ift.tt/2MHiplw
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment