loading...
  • Breaking News

    Friday, August 17, 2018

    (Video) 'Kau langgar mak aku!!' - 4 cedera, bayi 2 bulan terpelanting, 7 kereta rosak dilanggar bas RapidKL


    Seramai empat orang cedera dan tujuh buah kenderaan rosak selepas dilanggar sebuah bas Rapid KL dalam kemalangan yang berlaku pada jam 8 malam tadi, lapor Harian Metro.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, bas yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) mula terlibat dalam kemalangan di hadapan bangunan RISDA di Jalan Ampang dan berakhir di simpang Jalan Ampang. 

    "Pemandu bas berkenaan mungkin ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

    "Pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Masih belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu (tangkapan)," katanya. 

    Difahamkan, semua mangsa telah membuat laporan polis dan pemandu bas berkenaan kini berada di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut. 

    Terdahulu, video kejadian itu turut viral di media sosial malam tadi yang menunjukkan seorang penunggang motosikal mengejar bas yang dipandu laju itu. 

    Juga kedengaran penunggang motosikal berkenaan memaki hamun pemandu bas itu yang didakwa telah melanggar ibunya yang memangku bayi berusia dua bulan sehingga terpelanting sebelum bertindak melarikan diri selepas merempuh kenderaan lain. 

    Pemandu bas yang dipercayai cuba melarikan diri itu akhirnya berjaya dicekup orang ramai. 


    Sementara itu, pihak RapidKL mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan membayar ganti rugi kepada semua pemilik kenderaan yang rosak akibat dilanggar pemandu bas RapidKL di sepanjang Jalan Ampang dalam kemalangan malam tadi. 

    Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd Yusof berkata, semua pemilik kenderaan terbabit boleh menghubungi talian bantuan di 03-7885-2585.

    "Bas terbabit untuk perkhidmatan dari Datuk Keramat ke Ampang Point. Berdasarkan maklumat diterima, tiada mangsa terbunuh dalam kejadian berkenaan.

    "Kami meminta maaf berhubung kemalangan berkenaan dan belum mendapat maklumat lengkap mengenainya manakala punca kemalangan masih belum dapat dipastikan," katanya.

    Menurut Shamsul, pemandu bas terbabit memilik rekod perkhidmatan yang baik sepanjang dua tahun berkhidmat dengan RapidKL. 

    Apabila disoal sama ada bas yang dipandu mengalami masalah teknikal, Shamsul berkata, bas tersebut kini berada di Balai Polis Pandan Indah dan pihaknya belum berpeluang utuk memeriksa bas tersebut. 

    "Kami akan memastikan bas dalam keadaan terbaik dan selamat sebelum memulakan perjalanan.

    "Difahamkan pemandu terbabit bekerja dari pagi hinggalah ke masa kejadian. Tetapi, buat masa ini, tidak dapat dipastikan berapa jumlah jam pemandu terbabit bertugas pada hari ini," katanya.


    from The Reporter https://ift.tt/2P9Pzc5
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment