Matanya memerhatikan gelagat dua beradik duduk di meja restoran KFC. Abangnya baring seperti menahan sakit perut, si adik pula makan sos cili yang dicolek dengan jari kecilnya. Timbul rasa kasihan di hati, menyangka dua beradik itu teringin makan ayam KFC, tetapi tidak mampu untuk membelinya.
Tidak tahan melihat 'realiti' itu, lelaki ini bangun dan menghulurkan kentang gorengnya. Si abang terus bangun dan makan seperti sudah lama tidak menjamah makanan.
Perkongsian kisah realiti ini banyak mendapati respon dari netizen, bebenang yang ditulis Ben Firdaus ini telah dikicau semula 25,839 kali di Twitter.
SEMALAM pergi KFC, ambil sos cili. Kemudian ternampak ada budak perempuan kecil yang kelihatan agak tidak terurus sikit ambil sos cili dalam jumlah yang banyak.
Selepas itu, dia pergi kepada abangnya. Both of them just eat the sos menggunakan jari. Abang dia dok baring macam sakit perut cenggitu, sambil adik dia dok makan sos itu.
Lama jugalah aku tengok budak berdua itu. Si adik tak habis-habis jilat sos. Macam kasihan, mungkin mereka nak makan ayam tapi tak ada duit. Jadi mereka duduk di KFC, makan sos pun okey. Sos pun mahal sekarang.
Serius aku tak sampai hati tengok dua beradik ini, lalu aku pun bangun dan beri fries aku pada diorang.
Abangnya yang tengah baring tadi terus bangun dan capai fries, makan macam seminggu dah tak jumpa makanan. Lapar sangat tu. Tak apalah dik, kasihan korang. Fries saja yang aku mampu.
Sedang dia syok makan, tiba-tiba ada seorang lelaki datang ke arah budak-budak itu, bagi ayam. Banyak pula tu, siap dengan air. Alhamdulillah ada juga yang prihatin.
Tetapi semakin lama aku tengok, semakin mesra pula diorang. Sekali itu BAPAK DIORANG LA HANATTT!! Aku beria-ria kasihan, bagi fries, rupa-rupanya bapak kau beli ayam satu barrel siap dengan Chezzy Wedges largae dan Twister. Member aku sakan gelakkan aku sebab kasihan tak bertempat.
Weh! Hahaha! Sebab itulah dia ambil sos cili banyak-banyak! Hahahahahaha! Kau ni alahai. Rasa nak lari balik sebab kawan bantai gelakkan aku.
Sumber: @iambenfirdaus
from The Reporter https://ift.tt/2MIdHkw
via IFTTT
No comments:
Post a Comment