loading...
  • Breaking News

    Thursday, October 18, 2018

    Bayi maut, 3 beradiknya cedera dikelar ibu mereka yang mengalami kemurungan


    Seorang bayi berusia lapan bulan maut, tiga lagi kakak dan abangnya parah akibat dikelar dengan pisau oleh ibu kandung mereka dalam kejadian di kuarters sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani, Kota Belud, hari ini, lapor Harian Metro. 

    Jerry Yohanes, 8 bulan, maut di tempat kejadian, manakala dua kakaknya Nurul Hanisa, 8, Melati, 7 dan abangnya Jehan, 5, parah di bahagian leher kini sedang dirawat di Hospital Kota Belud. 

    Si ibu yang berusia 30 tahun juga dikatakan cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri, tetapi berjaya dihalang oleh suaminya yang kemudian meminta bantuan dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16, yang sedang membuat rondaan berhampiran sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani, jam 1.40 tengah hari. 

    "Lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan dan mengatakan bahawa empat anaknya parah dikelar di kuarters mereka.

    "Susulan maklumat itu, sepasukan PGA Batalion 16 bergegas ke tempat kejadian bersama lelaki berkenaan. Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati empat kanak-kanak termasuk bayi terbaring dalam keadaan berlumuran darah.


    "Namun bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai sudah tidak bernyawa dengan kesan kelar dilehernya. Tiga lagi kanak-kanak parah dan turut terdapat kesan kelar di leher. Semua kanak-kanak yang parah dan ibu mereka dihantar ke Hospital Kota Belud menggunakan bot. Tiga kanak-kanak yang parah dan ibu mereka dilaporkan stabil," katanya.




    Difahamkan, si ibu mengalami kemurungan sebelum mengelar empat anaknya menggunakan pisau. 

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


    from The Reporter https://ift.tt/2yndjCM
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment