Seorang wanita cuba membunuh diri dengan dengan menelan pelbagai jenis pil selepas kecewa cintanya dipermainkan, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari semalam di Jalan Kubong, Limbang, Sarawak, wanita berusia 43 tahun itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di dalam kereta Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh orang awam.
Sebaik saja tiba di lokasi kejadian, polis mendapati wanita itu berada dalam keadaan separuh sedar dalam kereta yang dikunci dari dalam, dipercayai menjadi seperti itu selepas menelan pelbagai pil.
Polis dan bomba terpaksa memujuknya selama beberapa minit.
"Siasatan awal mendapati wanita terbabit bertindak sedemikian kerana kecewa selepas mengetahui teman lelakinya sudah berkahwin.
"Selepas berjaya dipujuk, wanita terbabit dihantar ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
Pemeriksaan doktor mendapati, wanita itu mengambil ubat sakit mental dan penahan sakit berdasarkan penemuan paket ubat dari hospital dan klinik swasta.
"Wanita terbabit masih menerima rawatan dan dilaporkan stabil," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2PiGd0y
via IFTTT
No comments:
Post a Comment