loading...
  • Breaking News

    Wednesday, October 24, 2018

    'Dah bayar deposit, owner rumah hilang' - Rugi RM950 ditipu scammer bilik sewa


    Hasrat seorang wanita mahu menyewa bilik sewa di Kuala Lumpur terbantut apabila pemilik rumah sewa itu telah menghilangkan diri selepas mangsa membuat bayaran pendahuluan. 

    Syakirah Latif yang memuat naik kronologi kejadian itu di Twitternya berkata, dia menemui iklan bilik sewa RM300 itu di laman Mudah.my, yang diiklankan oleh individu bernama Puan Aimi. 

    Berminat dengan iklan itu, mangsa terus menghubungi pemiliknya untuk pertanyaan lanjut dan pembayaran. Namun tidak menyangka wanita itu akan memperdayakannya. 





    "Nak start kerja next week, dah settle deposit rumah. Tiba-tiba owner rumah hilang. Tak sangka terjadi kat aku dan kawan aku. 

    "Dah settle transfer duit, then terus WhatsApp satu tick, call masuk voicemail. 




    "Member aku try cari orang yang booked master bedroom, rupanya dia dah report polis pun. 

    "Dia claim itu laki dia. Anyone yang tengah deal dengan Aimi atau Mohamed Fitri bin Razlan, please stop. Help me spread the words! 





    "See, ramai yang kena tipu. Aimi jadi Atie la, Nur la, makanlah hang duit haram kot bahagia dunia akhirat. Ini details malaun itu, so that yang lain beware okey!" katanya. 





    Syarikah menjelaskan, dia mendedahkan perkara itu kepada umum kerana mahu orang ramai berhati-hati dan tidak terperdaya dengan pasangan terbabit. 

    "Saya buat thread ini supaya orang lain ambil pengajaran dan tak kena macam saya. Bukan nak maki hamun orang. For those yang doakan dan bagi nasihat elok-elok, big thanks for you guys. Moga Allah mempermudahkan urusan kita semua," katanya. 


    from The Reporter https://ift.tt/2PNLmL6
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment