Polis menahan enam individu di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia pada 7 Oktober lalu kerana mengadakan Swinger Party (pesta seks bertukar-tukar pasangan).
Tiga pasangan yang ditahan itu merupakan pasangan yang sudah berkahwin dan mengejutkan salah seorang wanita yang ditahan, sedang hamil.
Lapor Bangkapos, Polis Jawa Timur mengesahkan, suspek, Eko Hardianto, 31, merupakan dalang yang menganjurkan aktiviti terkutuk itu.
Eko juga merupakan suami kepada wanita hamil lapan bulan, menjadi salah seorang peserta parti tersebut.
Timbalan Pengarah Jenayah Umum, Polis Daerah Jawa Timur, AKBP Yudha Nusa Putra berkata, pihaknya menyerbu bilik hotel tersebut dan mendapati tiga pasangan itu sedang mengadakan hubungan seks.
"Satu pasangan di atas katil, satu lagi di dalam bilik air dan satu lagi di lantai," katanya.
Siasatan awal mendapati, Eko telah menganjurkan aktiviti itu sebanyak empat kali dan dia juga pernah menyertai aktiviti threesomes sebelum ini.
Polis berkata, pihaknya juga memantau aktiviti Twitter Eko di mana dia didapati giat mencari pasangan yang sanggup melakukan aktiviti itu bersama.
Berdasarkan mesej di Twitter, Eko mencari pasangan muda di mana si isteri berusia 22 tahun, manakala si suami berusia sekitar 29 tahun.
Polis menjelaskan pihaknya menahan Eko kerana dia mengenakan caj 750,000 rupiah (RM204) terhadap pasangan lain. Eko dalam keterangannya berkata, duit itu digunakan untuk membayar bilik hotel dan baki untuk kegunaannya sendiri yang dimana polis menganggap itu sebagai hasil pelacuran.
Difahamkan, Eko telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya selama tiga tahun dan bayi yang dikandung isterinya merupakan anak ketiga. Anak sulung pasangan itu berusia enam tahun.
Lima individu yang ditahan akan dijadikan sebagai saksi dan hanya Eko sahaja yang akan didakwa.
from The Reporter https://ift.tt/2QPclWA
via IFTTT
No comments:
Post a Comment