loading...
  • Breaking News

    Tuesday, October 16, 2018

    Ditiduri sebelum dilamar, bapa bunuh kekasih anak perempuannya


    Polis menahan enam individu yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki kerana tidak merestui hubungan intimnya dengan anak perempuan kepada salah seorang suspek yang dikenali sebagai Haji Sayuti. 

    Terdahulu, mayat mangsa, Asep Tamimi, 27, ditemui di tapak pelupusan sampah di Kampung Mekarsari, Bogor, Indonesia, pada jam 9 pagi 4 Oktober lalu, dipercayai telah dibunuh dan dicampak ke kawasan itu pada jam 2 pagi.

    Ketua Polis Bogor, Andi M Dicky berkata, mangsa telah menjalinkan hubungan cinta dengan anak perempuan suspek, malangnya perhubungan mereka tidak direstui. Malah keluarga terbabit bertambah berang apabila mengetahui pasangan itu sudah pernah tidur bersama. 

    "Pada jam 4 petang, 4 Oktober lalu, abang kekasihnya datang ke rumah Asep menjemputnya ke rumah suspek. Bagaimanapun, mangsa dibunuh sebelum mayatnya dicampak ke tapak pelupusan sampah.

    "Mayatnya menunjukkan kecederaan akibat objek tumpul pada belakang kepala, selain patah tiga tulang rusuk termasuk satu menusuk jantungnya," katanya. 

    Mayat mangsa yang masih berkemeja dan bersarung serta berdarah di bahagian belakang kepala itu ditemui oleh pekerja pembersihan sebelum memaklumkan penemuan itu kepada polis. 


    Susulan itu, polis menahan enam anggota keluarga termasuk bapa dan menantunya selama seminggu untuk siasatan. 

    Siasatan awal polis mendapati, semua suspek memainkan peranan masing-masing termasuk ada di antara mereka ditugaskan untuk membuang mayat. Polis turut merampas beberapa bahan bukti seperti dua telefon bimbit, satu tukul dan pakaian mangsa.



    from The Reporter https://ift.tt/2OtFmdA
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment