Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
NAK cerita sikit tentang rumah yang aku beli ini. Rumah ini aku beli sekitar tahun 2000. Dah lama kerja baru dapat beli rumah. Excited la kan sebab dah lama mengidam nak beli rumah sendiri. So, aku antara penduduk terawal di kawasan perumahan itu.
Masa aku pindah, ada dalam empat buah rumah yang berpenghuni lorong itu. Yang lain belum ada yang duduk lagi. Ini aku nak cerita pengalaman masa mula-mula masuk rumah ini.
KES 1
Masa mula-mula pindah, anak masih kecil lagi. So meloncat sana sini itu perkara biasa. Budak-budak ini semua ada basikal seorang satu. Aktiviti wajib setiap petang, kayuh basikal.
Nak dijadikan cerita pada satu hari itu si Along kayuh basikal. Tidak lama selepas itu terdengar dia melolong menangis. Rupanya jatuh basikal. Bila ditanya bawa laju ke? Dia kata,
"Taklah, tapi ada orang tolak basikal kita dari belakang," katanya.
Ah Sudah! Aku tak percaya sebab aku fikir dia sengaja buat alasan untuk melindungi dirinya sebab dah kayuh laju .
Selepas beri sedas dua cubitan, keempat-empat mereka adik beradik diarahkan balik. Tiada lagi aktiviti kayuh basikal pada petang itu.
Keesokkan harinya, si adik nombor tiga pula melolong masa main basikal dan dia terjatuh. Bila ditanya, dia kata ada orang tolak basikal dia dari belakang. Laju dia cakap. Okey, sebab aku geram, dah jatuh melolong, kena kurantin seminggu tak boleh main basikal.
Hari ketiga, oleh kerana semua kena main dalam rumah, maka aktiviti-aktiviti meloncat-loncat dalam rumah pun bermula. Mula-mula mereka gelak-gelak, tidak lama selepas itu anak yang nombor tiga pula menjerit "Sakit! Sakit!". Aku kelam kabut sebab dia punya jeritan itu memang sakit betullah. Tengok-tengok tangan dia dah tak boleh diangkat.
Aku terus cakap, "Kamu semua main gusti-gusti eh?"
Yang tiga beradik itu dok terpinga-pinga memandang aku. Aku terus bawa si kakak itu pergi ke hospital. Confirm tangan patah dna bersimen. Ketika dalam perjalanan pulang, dalam hati kata siapalah mereka bertiga ini nak kena dengan aku.
Sampai di rumah, aku panggil anak yang sulung dan perbualannya lebih kurang begini:
Ibu: "Siapa yang himpit kakak?" (main serkap saja ni).
Along: "Tak ada sesiapa yang himpit."
Ibu: "Macam mana kakak boleh patah tangan? Mesti tak himpit kamu main gurau-gurau pusing-pusing tangan, kan?" (serkap jarang lagi).
Along: "Tak lah, kitorang duduk atas kerusi saja. Tak pusing tangan pun."
Ibu: "Macam mana kakak boleh patah tangan?"
Along: "Kita nampak masa kakak duduk di kerusi itu macam ada orang tolak dia jatuh senget. Kemudian adik cakap "Eh kenapa orang hitam itu tolak kakak?" Kita tak nampak pun orang hitam. Kita nampak kakak dah jatuh saja.
Okey fine. Bila tanya yang dua lagi, semua cakap kakak jatuh sendiri. Tanya pada si adik itu lagilah, macam iye tak ye sebab dia masih kecil lagi, sekolah tadika. Kejap kata orang hitam, kejap dia kata kawan dia yang tolak. Dari mana datang kawan dia masa itu pun tak tahu. Sudahnya habis begitu saja.
Itu kes masa awal-awal pindah masuk ke rumah. Selepas itu berturut-turut kes yang terjadi.
KES 2
Siapa yang ada anak lelaki mesti sudah biasa mengalami perkara ini. Maksud aku, bila kita suruh anak tidur, dia masuk tidur. Bila kita tidur, dia bangun main game. Ini nak cerita tentang apa yang berlaku pada anak aku, kes ibu dan ayah dia tidur, dia main game selepas tengah malam.
Rumah aku ini ada dua televisyen (TV). Satu di ruang tamu bawah dan satu lagi di tingkat atas. Maklumlah budak-budak kalau ada tetamu, tak mahu dia kacak, jadi aku pasang TV di atas agar diorang duduk diam. Kalau sepupu-sepupu datang, diorang akan main game senyap-senyap di atas. Ruang bawah tak kacau.
Anak sulung aku ini akal dia lebih sikit. Satu hari itu dia nak main game tetapi disebabkan peraturan dalam rumah ini, hari sekolah no game no tv. Kalau kena ikut, jadi masa ibu dan ayah dah masuk tidur. Tetapi dia angkut PS3 turun ke tingkat bawah main games. Rasanya selepas jam 12 tengah hari kot. Ini berdasarkan apa yang dia ceritakan kepada ibu dia inilah.
Tengah-tengah bermain game, dia cakap dengar bunyi benda jatuh di ruang TV tingkat atas. Rumah aku tu kalau dari ruang tv tingkat bawah boleh nampak ruang tv tingkat atas.
Balong kata dia terdengar bunyi berdebuk jatuh. Kemudian seperti ada benda yang bergolek-golek. Kali pertama bunyi dia tak pedulikan. Orang tengah khusyuk main game kan. Kali kedua berbunyi lagi. Kali ketiga berbunyi lagi kuat. Dia pun bangun dan tinjau dari bawah. Korang rasa dia nampak apa?
Dia kata Ba Long nampak pocong bergolek-golek dari tempat tv nak menghala ke tangga. Dia tak tahu nak lari mana. Di bawah ada satu bilik tetapi di belakang, kalau nak lari ke belakang pocong itu sure dah melorot sampai tangga. Nak lari naik atas, pocong ada di atas. Last-last dia lari baring atas sofa.
Dia kata dia baring di situ sampai nak dekat subuh tetapi pocong itu tak kacau dia pula. Padan muka. Aku cakap kepada dia
"Kalau ibu jadi pocong, pocong itu ibu baringkan di sebelah kamu. Mesti pocong itu ingat kamu anak dia sebab pocogn dan seangkatan dengannya saja suka berjaga tengah-tengah malam,"
Bertaubat sekejaplah dia dari curi-curi main PS3 di waktu ibu dan ayahnya tidur.
Sumber: Umie Anie
from The Reporter https://ift.tt/2P2RoLg
via IFTTT
No comments:
Post a Comment