loading...
  • Breaking News

    Monday, October 22, 2018

    'Kalau tak nak saya jadi PM, saya hari ini letak jawatan' - Mahathir kecewa dengan sikap biadab 10 pemandu teksi lempar kata-kata kesat


    Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir pemandu teksi yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya ketika sesi dialogi yang diadakan bersama golongan pemandu teksi di Langkawi. 

    Sesi dialog itu diadakan kerana golongan itu mendakwa pendapatan mereke terjejas ekoran perkhidmatan Grab yang didakwa 'mencuri' pelanggan mereka. 

    Bagaimanapun, 10 pemandu teksi secara biadab mengeluarkan kata-kata kesat sebelum meninggalkan sesi itu, membuatkan Mahathir kecewa dengan sikap mereka. 

    "Saya nak tolong, tapi kalau tak ada bantuan, saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi. 

    "Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara, orang panggil balik, jadi saya datang. 

    "Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya," katanya lapor media tempatan. 

    Sementara itu, Zailani Isaisuludin, Pengerusi Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executvie Jiwa Malaysia (Perjiwa Malaysia) tidak menolak unsur sabotaj dalam kejadian itu. Malah 10 pemandu teksi itu juga bukan anggota persatuan mereka. 

    "Saya pun tak kenal mereka, mungkin mereka diupah pihak tertentu untuk buat kacau di dalam perjumpaan ini. 

    "Itu bukan tindakan Perjiwa Malaysia itu adalah tindakan segelintir yang diupah oleh pihak tertentu untuk merosakkan keharmonian majlis yang diadakan," katanya yang juga menjelaskan pihaknya sudah memohon maaf kepada Mahathir. 

    Sementara itu, bekas menteri, Tan Sri Zainudin Maidin pula menyelar sikap biadab 10 pemandu teksi terbabit. 

    "Pemandu teksi di Langkawi bersikap biadab dalam pertemuan dengan Tun Mahathir. Itu dengan Tun, sikap mereka di mana-mana lebih kurang ajar terhadap public," tulisnya di Twitter. 

    "Lebih baik hapuskan sahaja teksi, tinggal Grab sahaja. Mereka bukan jenis manusia yang patut diberi muka. Penipu dan pemeras," katanya.

    Sumber: MalaysiaKini


    from The Reporter https://ift.tt/2NVMP0b
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment