Menurut pengendali laman Facebook Perumahan Keningau, kejadian itu berlaku pada petang Isnin di Taman Kota Keningau.
Video berdurasi 43 saat itu menunjukkan, kanak-kanak itu berlari ketika bermain kejar-kejaran dengan beberapa kanak-kanak lain sebelum dilanggar sebuah kereta Proton Wira berwarna merah dari arah belakangnya.
Kanak-kanak terbabit tercampak dan kakinya nyaris digilis tayar kenderaan tersebut.
Pemandu kereta itu terus berhenti, sementara seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu terus mendapatkan mangsa.
Difahamkan, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.
Sementara itu di ruangan komen, ada netizen yang mendakwa pemandu itu memandu terlalu laju sehingga tidak sempat memberhentikan kenderaan. Tambahan, peraturan telah menetapkan had laju kenderaan di kawasan perumahan ada rendah.
Namun ada segelintir netizen yang mempersoalkan, mengapa ibu bapanya membiarkan mangsa bermain di jalan raya yang semenangnya laluan kenderaan berulang alik.
Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa menasihati anak masing-masing agar tidak bermain di jalan raya kerana jika tersilap langkah, ia boleh membawa kepada kehilangan nyawa.
from The Reporter https://ift.tt/2D5iNpB
via IFTTT
No comments:
Post a Comment