Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
Assalamualaikum semua. Nama aku Shah, member-member panggil 'Wak' sebab kadang-kadang aku suka cakap Jawa walaupun sebenarnya aku pun tak faham aku cakap apa. Okey, pengalaman yang aku nak cerita ini ialah pengalaman aku semasa aku study di satu kolej swasta di selatan tanah air.
Pengalaman ini terjadi semasa aku Semester 4. Masa itu baru nak daftar masuk kolej. Oleh sebab aku dah Sem 4, jadi aku terpaksa keluar dari rumah yang disediakan oleh pihak kolej dan mencari rumah sewa sendiri. Aku berpakat dengan member-member rapat untuk mencari rumah berdekatan dengan kolej.
Member-member aku ini ada dalam 8-9 orang juga, tak sama sem tetapi rapat sangat sebab perangai gila masing-masing. Cari punya cari, dapatlah satu rumah ini. Rumah baru lagi belum ada orang pernah duduk sebab rumah itu dekat perumahan yang baru siap. Aku dengan member-member pun sapu sajalah memandangkan harga sewanya berpatutan dan lokasi pun agak dekat dengan kolej.
Nak dijadikan cerita, hari pertama daftar masuk, yang datang hanya aku dengan dua orang lagi member iaitu Ash dan Am. Yang lain semua bajet-bajet senior nak datang daftar lambat-lambat.
Selepas selesai daftar apa semua, kami bertiga dengan jayanya merasmikan rumah sewa baru. Rumah cantik, dapat pula corner lot memang luaslah cerita dia. Rumah kitorang ini paling hujung, kiranya selepas rumah kitorang dah masuk kawasan hutan yang dibatasi dengan pagar. Perumahan ini kalau tak silap aku masa itu baru ada 4-5 buah rumah saja yang sudah didiami orang. Yang lain masih kosong. Maklumlah, rumah baru kan?
Jadi dalam baris rumah aku memang kosonglah sebab yang ada orang pun di sebelah depan nun. Tapi tak adalah rasa seram ke apa masa mula-mula itu.
Selepas selesai kemas-kemas barang masuk rumah, Yap nak keluar pergi rumah saudara dia. Dia cakap mungkin malam ini dia tak balik rumah. Jadi. tinggallah aku dengan Am di rumah pada malam itu, berdua macam beruk makyeh.
Malam itu selepas makan apa semua, aku dengan Am layan movie di laptop masing-masing di ruang tamu. Aku dengan Am masing-masing pakai headphone. Tengah syok-syok layan movie, tiba-tiba aku terdengar bunyi orang terajang pintu grill rumah. Korang bayangkan, aku dengan pakai headphone, volume sikit lagi nak max, boleh dengar suara grill kena terajang dengan kuat pula tu. Mungkin sebab aku lepak paling dekat dengan pintu depan. Aku macam terkejutlah, siapa pula dok terajang grill malam-malam buta ini?
Aku ingat aku seorang saja dengar, Am pun perasan sekali sebab selepas aku tengok pintu, aku tengok Am. Rupanya Am pun tengah tengok pintu dengan muka pelik. Waktu itu kira-kira jam 1 pagi. Aku memang jenis penakut sikit, memang taklah aku nak pegi usha. Tapi Am ini memang jenis gila punya orang. Selepas dia dengar bunyi itu, dia terus bangun buka pintu siap dengan pintu grill sekali dia buka. Habis dia round dari depan rumah sampai belakang, nothing. Aku dah mula rasa seram sejuk.
Aku ingat sampai di situ saja, eh dia sambung lagi. Baru saja Am nak kunci pintu grill, sekali bunyi macam air paip terbuka. Bunyi air itu macam orang tengah tadah air dalam baldi. Mula-mula aku dengan Am confuse jugalah, dari mana bunyi itu sebab bukan dari dalam rumah kitorang. Tapi bunyi itu dari baris rumah depan. Rumah depan mana ada orang duduk lagi beb?
Aku tengok muka Am dah macam annoyed gila. Am ini memang jenis berani tetapi bukan berani kosonglah. Am decide nak pergi periksa rumah depan kitorang ini. Aku memang tak adalah nak ikut, aku tunggu dekat luar rumah aku saja, depan pintu itu. So Am pergi bukak pagar depan rumah itu sambil melilau kiri kanan. Sampai pintu depan rumah itu, Am jerit pada aku, dia cakap dia nak masuk tutup air di dalam sebab dia cakap memang bunyi tu dari dalam rumah tu.
Aku pun peliklah, takkan rumah itu tak berkunci? Rupanya memang tak kunci sebab selamba saja Am buka pintu depan rumah itu masuk dalam (rumah ini pintu depan dia belum ada grill lagi), aku dok perhati sajalah dari depan rumah. Am tak buka lampu, dia hanya guna torch dari phone dia saja melilau di dalam. Aku nampak Am masuk master bedroom. Agak-agak dalam 2-3 minit, hilang dah bunyi air itu. Am pun keluar dengan muka steady kunci pintu apa semua, kemudian balik ke rumah kitorang semula. Am ini ceritalah bunyi tadi itu bunyi air paip terbuka dalam bilik air master bedroom. Aku pun peliklah, siapa pula bukak air tu.
Tengah bersembang-sembang di depan rumah tu, aku macam mana entah boleh rasa nak tengok sangat tingkap rumah depan itu. Bila aku tengok saja, sekali di tingkap itu gelap-gelap dengan bantuan lampu depan rumah aku, aku nampak macam ada orang tengah usha aku balik. Aku punya terkujat, rasa macam hilang kejap darah di muka ini.
Am perasan muka aku dah berubah, terus ajak aku masuk. Dia tak tanya apa-apa macam dah tau apa aku nampak. Bila dah di dalam rumah, Am cakap;
”Takdak apa tu, dia saja nak kenal-kenal jiran baru, jangan takut, dia makhluk, kita pun mahkluk. Dia kacau kita lagi, nanti kita kacau dia balik."
Am bagi aku minum air masak yang dia dah bacakan sikit potongan-potongan ayat Al-Quran. Selepas minum itu barulah aku rasa tenang sikit and badan rasa hangat tak seram sejuk macam tadi.
Malas nak fikir banyak, aku dengan Am pun standby nak tidur. Malam itu kitorang tidur di ruang tamu sebab belum beli tilam apa semua. Baru nak lena, aku dengar bunyi perempuan menangis kuat kat luar rumah. Selepastu makin sayup makin sayup. Aku toleh tepi, tengok Am dah duduk sambil tengok tingkap. Rumah baru, langsir pun tuan rumah tak sempat pasangkan lagi. So memang lopong ah boleh tengok luar.
Tiba-tiba Am bangun terus nak keluar rumah sambil cakap dengan aku;
"Kau tunggu sini wak, aku nak pegi halau nyamuk.”
Tak hingin aku nak tinggal seorang-seorang dalam rumah lepas dengar camtu, jadi aku decide follow Am. Di luar, Am pergi tepi rumah, kaut dengan tangan tanah di tepi itu kemudian dibaca apa entah, tiup-tiup pada tanah itu. Kemudian dia rejam, pastu dia rejam tanah itu atas bumbung rumah kitorang.
Tiba-tiba aku terhidu bau seperti rambut terbakar. Kemudian Am tunjuk sesuatu di atas. Aku pun tengoklah, ada kain putih terbang laju gila pergi dari atas bumbung rumah kitorang pergi kawasan hutan sebelah itu. Selepas itu, pokok-pokok di situ bergoyang seperti ada banyak monyet. Selepas kejadian itu, barulah aman kitorang tidur malam.
from The Reporter https://ift.tt/2P3v83e
via IFTTT
No comments:
Post a Comment