loading...
  • Breaking News

    Monday, October 22, 2018

    (Video) Ibu bapa belasah tukang sapu kerana halang anak mereka buang air besar tepi jalan


    Seorang pekerja pembersihan cedera dibelasah dan terpaksa dimasukkan ke hospital selepas dia cuba menghalang seorang kanak-kanak membuang air besar di tempat awam di bandar Ruzhou, Henan, China, minggu lalu. 

    Dalam kejadian pada Khamis lalu, mangsa, Yao Xiang, sedang membersihkan kawasan taman dan tiba-tiba menyedari seorang kanak-kanak sedang cuba membuang air besar di tepi jalan. 

    Yao segera menghampiri dan menghalangnya dari berbuat demikian. 

    Bagaimanapun, ibu bapa anak kecil itu terus datang menjerit, memaki hamun dan membelasah Yao kerana menyentuh anak mereka. 

    Video kejadian yang dirakam orang awam itu juga viral di media sosial menunjukkan si bapa menarik rambut Yao dan menolaknya sehingga terjatuh. Sementara si ibu itu pula dilihat sedang bertikam lidah dengan beberapa pejalan kaki sebelum meludah mangsa. 


    Mujur orang awam melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Pasangan suami isteri itu kemudian dibawa ke balai, Yao pula dihantar ke hospital dan disahkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. 

    "Bila awak bekerja menyapu jalan, orang akan memandang rendah pada awak," katanya kepada wartawan. 

    Pasangan suami isteri itu tidak ditahan, sebaliknya mereka memohon maaf dan akan menanggung kos perubatan Yao. 

    Kejadian itu sebenarnya boleh dielakkan kerana terdapat dua buah tandas berhampiran dengan tempat kejadian itu. 

    Meskipun kejadian itu telah diselesaikan, ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan cara polis menyelesaikan masalah itu, lebih-lebih lagi pasangan itu tidak ditahan. 

    Sumber: Next Shark


    from The Reporter https://ift.tt/2J8Wcsm
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment