"Sejak dua minggu lalu, isteri berkelakuan pelik dengan menjerit dan mengatakan bilik ini ada syaitan." demikian kata suami kepada wanita yang dipercayai mengalami kemurungan mengelar leher empat orang anaknya termasuk seorang bayi berusia 8 bulan.
Yohanes Kolin, 53, berkata, pagi sebelum kejadian itu, isterinya, Erina Jimmy, 30, menghentak-hentak kepalanya pada tiang bilik, lalu ditegurnya agar berhenti berbuat demikian.
Si isteri kembali tenang dan meminta suaminya meneruskan pekerjaan sambil membawa masuk empat orang anaknya ke dalam bilik.
"Saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana isteri amat menyayangi anak-anak, lebih-lebih lagi Jerry. Tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian kerana anak-anak amat manja dengannya. Malah sebelum kejadian, isteri menyuap biskut dan menuangkan minuman kepada anak-anak," katanya.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari semalam, Jerry, 8 bulan, maut di lokasi kejadian selepas lehernya dikelar dengan pisau, manakala Jihan, 2, Melati, 5, dan Nurul Hanisah, 7, parah dan kritikal masih dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.
Erina juga dilaporkan kritikal dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Menceritakan semula kejadian itu, Yohanes berkata dia baru pulang ke rumah sebelum terdengar suara anak-anak meminta tolong dari dalam bilik.
"Saya terus meluru masuk ke bilik dan membuka pinta namun ia terkunci. Sebaik meninjau dari tingkap, saya terkejut melihat dua anak dalam keadaan berlumuran darah.
"Lalu saya segera merempuh masuk ke bilik dan lihat isteri sedang mengelar lehernya dengan pisau sebelum menahan tangannya dan merampas pisau yang digunakan itu.
"Dua anak yang cedera keluar dari bilik. Saya berlari keluar untuk minta bantuan pihak berkuasa yang kebetulan membuat rondaan," katanya
Yohanes bersama beberapa anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 segera ke lokasi kejadian dan membantu menghantar anak serta isterinya yang parah ke hospital menggunakan bot.
Dalam laporan semalam, Erina dikatakan
Sumber: Berita Harian
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter https://ift.tt/2EFS5FU
via IFTTT
No comments:
Post a Comment