Sedih melihat gambar-gambar seorang murid lelaki berketurunan Penan (bumiputera Sarawak) ini yang tidak berhenti-henti menangis kerana rindukan keluarganya yang jauh di kampung.
Jarak kampung dengan sekolah yang jauh, menyebabkan dia tiada pilihan dan terpaksa tinggal di asrama sekolah di mana dia terpaksa berdikari dalam semua hal.
Bagi yang pernah merasa, pastinya perit rasa di hati seperti ditinggalkan ibu bapa. Namun percayalah, ibu bapa mahu anaknya menempa ilmu yang boleh menjadikan dirinya sebagai manusia berguna di masa akan datang.
BILA saya tiba di sekolah ini, saya terus terpandang pada murid lelaki ini (kerana rambutnya) yang membelakangi sekolah dan memandang jauh ke arah kampung di bawah bukit.
Apabila saya mendekatinya, rupanya dia menangis. Saya tidak tahu kenapa dia menangis. Mungkin sebab dia diusik oleh rakan-rakannya? Atau mungkin sebab dia terlupa bawa pensil ke kelas?
Saya cuba menceriakannya, jadi kawan dia, tunjuk kepada dia cara mengambil selfie tetapi dia tetap menangis juga.
Dia memakai pakaian sekolah yang sudah lusuh, yang berbintik-bintik. Tertera Aray pada tag namanya, tetapi saya dapat tahu nama dia sebenarnya adalah Reno, murid Tahun 2 (8 tahun) dan dia kerap tidak hadir ke sekolah tahun lalu. Namun pada tahun ini dia terpaksa tinggal di asrama kerana kampungnya jauh dari sekolah.
Di hari karnival semalam, ramai ibu bapa yang datang dari jauh untuk hadir bersama. Kalau tidak silap saya, ibu bapa Reno tidak dapat datang. Ada yang kampungnya terletak jauh dari sekolah dan ia mengambil masa yang lama untuk sampai ke sekolah.
Reno homesick, dia menangis kerana dia rindukan keluarganya. Pilu hati saya apabila mengetahui keadaannya sebegini.
Saya teruskan tugas saya dan kemudian saya terjumpa semula dia yang masih menangis dan terus menangis. Reno duduk di pintu belakang kelas. Saya cuba menceriakan dia lagi dengan memberinya sebatang lolipop. Dia ambil tapi dia masih menangis.
Di waktu tengah hari, saya ternampak dia pergi ke asrama dan menyambung tangisannya di sana.
Sumber: Teacher Azmira Amran
from The Reporter https://ift.tt/2RgMdEr
via IFTTT
No comments:
Post a Comment