Baru 18 hari pertama di tahun 2019, namun sindiket 'tersalah hantar nombor TAC' sudah mengaut keuntungan sebanyak RM441,000!
Menurut Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kerugian yang membabitkan sindiket yang sama pada tahun 2018 turut mencecah RM14.9 juta dengan peningkatan RM3.3 juta berbanding tahun 2017.
Modus operandi sindiket itu adalah dengan menghubungi mangsa menggunakan pelbagai medium sebelum meminta nombor TAC dengan alasan kononnya mereka tersalah memasukkan nombor telefon milik mangsa.
"Bagi tahun ini saja, kami menerima 33 laporan dengan jumlah kerugian RM441,000," katanya.
Menurut beliau, antara individu yang sering menjadi sasaran sindiket itu adalah mereka yang selalu membeli-belah secara online dan gemar melayari laman web lucah di mana golongan ini banyak mendedahkan maklumat akaun bank dan nombor telefon di laman web.
"Mangsa akan menerima nombor TAC sebelum sindiket menghubungi mangsa sama ada melalui panggilan telefon atau mesej dengan menggunakan nombor telefon yang dipintas menggunakan VOIP.
"Sindiket akan meminta nombor TAC berkenaan kononnya wang sudah dipindahkan. Namun nombor TAC tersalah hantar ke telefon milik mangsa," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2DgkoYG
via IFTTT
No comments:
Post a Comment