loading...
  • Breaking News

    Saturday, January 19, 2019

    Rakan sebilik mati ditikam sebab pasang volume muzik terlalu kuat


    Malam 12 Januari lalu, polis menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan seorang lelaki maut ditikam di asrama pekerja di Guangdong, China. 

    Sebaik saja polis tiba di lokasi kejadian, mereka terus menahan suspek berusia 31 tahun bernama Chen yang didapati telah menikam mangsa, Li, 29, yang dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah. 

    Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada malam kejadian.

    Menurut polis, siasatan mendapati dua lelaki terbabit sebelum itu bertengkar kerana mangsa memasang bunyi muzik terlalu kuat. 

    Pertengkaran itu akhirnya membawa kepada pergaduhan di mana Chen yang gagal mengawal diri lalu mengambil pisau dan menikam mangsa. 


    Gambar senjata yang digunakan oleh suspek turut tersebar di media sosial negara itu, begitu juga dengan kesan darah di lantai asrama itu turut kelihatan dalam gambar tersebut. 

    Netizen pula mengambil kesempatan itu untuk memberi amaran kepada orang ramai terutamanya golongan bujang yang tinggal di rumah sewa agar tidak melakukan kesilapan sama. Jika tidak, berkemungkinan rakan serumah mereka turut bertindak agresif seperti itu. 


    from The Reporter http://bit.ly/2MiIRPS
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment