loading...
  • Breaking News

    Wednesday, January 16, 2019

    Guru tuduh murid curi gincu dan dibiarkan murid lain menyucuk kemaluannya sehingga berdarah


    Murid perempuan berusia lapan tahun, Zhao Lili, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan dan pendarahan di dalam alat kemaluannya. 

    Difahamkan kejadian itu berlaku pada 14 Disember lalu dan selepas sebulan kemudian, masih tiada sebarang kenyataan berhubung kes murid terbabit. 

    Pada hari kejadian, guru kelas Lili mendakwa dia telah mencuri gincunya dari beg dan wanita itu cuba memaksa Lili untuk mengaku perbuatan itu. 

    Guru terbabit kemudian menghubungi nenek kepada Lili untuk datang ke sekolah, membayar beberapa ratus yuan sebagai pampasan. Selepas berbincang, nenek mangsa tidak membuat sebarang bayaran kerana guru cucunya tidak mempunyai bukti kukuh.

    Selepas nenek mangsa pulang, guru itu memanggil Lili datang ke pejabatnya dan berkata, sekiranya dia mengaku bahawa dialah yang mengambil gincu itu, guru itu akan beri dia makanan kegemaran. 

    Mendengar jaminan itu, Lili kemudian mengaku melakukan perbuatan itu walaupun bukan dia yang melakukannya dan dipukul oleh gurunya. 

    Tidak berpuas hati dengan itu, mangsa dibawa ke kelas dan memaklumkan kepada semua murid bahawa Lili yang mencuri gincu tersebut. Dia membenarkan murid-murid yang lain menghukum Lili dan ada yang bertindak menanggalkan seluar Lili sambil berkata, "Lili adalah pencuri, dia curi gincu cikgu!" 

    Dua murid lelaki mengambil kesempatan untuk membelasah mangsa sebelum mengambil kayu penunjuk milik guru itu dan dicucuk dalam kemaluan mangsa. 

    Ketika kejadian itu berlaku, guru yang tidak bertanggungjawab itu hanya sekadar memerhatikan saja tanpa mengambil sebarang tindakan. 

    Akibat kejadian itu, ketika Lili dalam perjalanan pulang ke rumah, seorang wanita prihatin ternampak mukanya pucat dan kemaluannya berdarah dengan kesan darah kering di kasut sekolah. Lalu dia membawa anak itu pulagn ke rumah Lili. 

    Apabila melihat keadaan Lili, keluarga mangsa terkejut tetapi Lili tidak mahu menjawab segala pertanyaan mereka dan dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

    Menurut doktor, dinding vagina mangsa mengalami kecederaan serius yang boleh menjejaskan masa depannya di mana dia berkemungkinan besar tidak mampu mengandung zuriatnya sendiri. 

    Sementara itu, pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan pula menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan guru terbabit dan dua lelaki yang melakukan perbuatan itu tanpa pengetahuan gurunya. 

    Mengenai gincu yang dilaporkan hilang itu, siasatan mendapati gunci itu ditemui dalam laci pejabat guru terbabit. 

    Ekoran kejadian itu, Lili yang tidak mempunyai ibu, manakala bapanya berada di penjara, selain selalu menjadi mangsa buli rakan sekelasnya, dia kini takut untuk kembali ke sekolah.



    from The Reporter http://bit.ly/2APr3Y0
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment