loading...
  • Breaking News

    Thursday, January 17, 2019

    'Hati-hati bila nak beli kereta secondhand' - Kereta dah total lost, tapi dijual di Mudah siap claim 'free accident'


    Bagi mereka yang berminat untuk membeli kenderaan terpakai, anda dinasihatkan untuk memeriksa latar belakang kenderaan itu terlebih dahulu. Walaupun dalam iklan mengatakan kenderaan itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan, usah terus percaya. 

    Dalam kes terbaru, seorang wanita terkejut apabila kereta yang pernah menjadi miliknya dijual semula di laman Mudah.my dengan tuntutan bahawa kereta itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan. 

    Sedangkan, pihak Toyota pernah mengisytiharkan kereta itu 'total lost' selepas kereta itu remuk teruk di bahagian hadapan akibat kemalangan. 

    HATI-HATI bila nak beli kereta secondhand. Gambar di bawah yang kemek itu berlaku pada 27 Januari 2016. Isteri saya mengalami kemalangan di Tol Jelapang, Ipoh. Pihak Toyota declare kereta itu total lost dan kami dapat pampasan full settle payment untuk loan dan sedikit duit lebih. 



    Gambar di bawah yang cantik dengan iklan Mudah itu adalah bertarikh hari ini. Isteri saya dihubungi oleh seorang anggota polis yang berminat dengan iklan di Mudah itu. Dia mahu membeli kereta itu tetapi mahu memeriksa terlebih dahulu. Iklan di mudah menyatakan kereta itu low mileage dan free accident. 



    Ya, memang low mileage sebab masa itu hanya 40,000+ sahaja mileage dan kereta baru berusia setahun lebih. 

    Isteri saya ceritakan bahawa kereta itu total lost dan BER (Beyond Economical Repair). Terus polis itu tak jadi beli. Walauapun nama second itu bukan nama isteri saya, tetapi dia adalah pemilik pertama. Jadi, polis itu call untuk mendapatkan kepastian. 

    Jadi, berhati-hatilah bila nak membeli kereta secondhand. Check dulu elok atau tidak. Chasis semua dah lari. Bukan apa, untuk keselamatan kita juga. 

    Yang check itu adalah anggota polis. Yang kita ini, nak check macam mana?



    from The Reporter http://bit.ly/2Cp67Y3
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment