loading...
  • Breaking News

    Tuesday, February 12, 2019

    'Dia baru kehilangan anak, kini dia kehilangan suaminya...'


    Kisah kucing milik Zulkha ini, benar-benar menyentuh hati para pencinta kucing. Awal kisahnya seperti kelakar dan menghiburkan, ditambah dengan kapsyen yang ditulis Zulkha yang melucukan. 

    Namun, selepas pemergian anak kucing yang terakhir, segalanya mula berubah. Kucing yang diberi nama Doraemon ini pergi buat selama-lamanya. 


    BUKA-buka pintu, jumpa anak kucing di depan rumah. Ingatkan anak tikus. Mana mak budak ni? Tapi aku rasa, aku kenal sangat dengan bapaknya. 

    Doraemon, bapak (aku) dah agak dah. Sekarang isteri kau hilang entah ke mana. Tinggalkan seekor anak kat kau. Sekarang siapa yang jaga? Bapak (Doraemon) dia bingung, masih merayu nak minta tolong. 


    Sekarang isteri kau dah lari, tinggal seekor anak kat kau. Reti ke kau jaga? Hah! Apsal senyap je? Menyesal? 


    Tadi jiran beritahu, anak kucing itu adalah anak kepada kucing dia. Memang Doraemon itu bapaknya. Masa nak bersalin di rumah jiran, Doraemon ada temankan iserinya. Masa dah beranak, Doraemon cium-cium anaknya. Penyayang juga si Doraemon ni. Mesti dia happy dapat anak. 

    Isterinya masih muda dan baru bersalin buat kali pertama. Dia tidak seperti yang diharapkan kerana dia langsung tidak peduli dengan anak-anaknya sehingga dua daripada tiga ekor anak kucing itu mati. 


    Runsing dengan sikap sambil lewa isterinya, Doraemon bawa seekor anak kucing balik ke rumah aku pagi tadi walaupun jarak rumah aku dengan jiran hanya selang dua buah rumah. 

    Patutlah pagi tadi aku jumpa dia dengan anak kucing tu, dia cium-cium. Bila aku simpan anak kucing itu dalam kotak, dia angkat anaknya keluar dari kotak. Mungkin dia rasa tak selamat. 

    Aku musykil juga. Pandai pula Doraemon ini bawa budak. Biasanya kucing betina saja yang aku nampak buat macam tu. 

    Hari ini aku bertungkus lumus cuba menyelamatkan anak dia. Tetapi terlalu kecil untuk diselamatkan. Mata pun tak buka lagi. Kami usaha, berdoa dan berserah. 

    Harapkan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dimaklumkan oleh Makcik Mac, anak Doraemon telah meninggal dunia dan sudah dikebumikan jam 4 petang tadi. Aku terus terbayang wajah Doraemon. Aku faham betapa hancur hatinya. 

    Isteri aku cerita semuanya kat jiran. Tak sempat hantar balik petang anak kucingnya. Jiran aku beritahu lagi, kebetulan dia seorang jururawat bahagian wad bersalin, dia bantu kucing dia dengan mengusap-usap perutnya unuk memudahkannya bersalin dan ketika itu juga, Doraemon ada di sebelah dengan wajah penuh harapan. 

    Dia sendiri menyaksikan isterinya bersalin! Aku kagum. Sedangkan aku sendiri belum tentu boleh temankan isteri aku bersalin. Entah-entah aku pengsan dulu. 

    Malangnya selepas beranak, isterinya pula asyik keluar rumah sedangkan dia masih berada dalam keadaan berpantang. 

    Doraemon jarang berada di rumah sebab nak temankan isteri dia jaga anak. Tapi isteri dia tak pandai jaga anak sehingga dua daripada tiga anaknya mati. Doraemon cuba bawa seekor anak kucing yang terakhir ke rumah aku untuk diselamatkan, tetapi aku gagal membantu. 

    Bila diingatkan kejadian pagi tadi, Doraemon macam nak cakap sesuatu. Sekarang aku faham apa dia maksudkan, "Bapak, tolong saya..." 

    Aku pelik, macam mana seekor kucing jantan boleh angkat anak penuh cermat. Jiran aku kata, selepas anak kucing mereka mati, Doraemon kerap datang melawat tempat anak dia lahir. 

    Tengah hari itu, aku sempat bagi makanan istimewa untuknya. Makan friskies tak campur nasi. Nak bagi dia gembira. Petangnya pula, mak jiran aku pun buat ayam rebus special untuk mereka berdua makan, nak kurangkan kedukaan mereka. 

    Hari itu, Doraemon agak pasif. Jiran aku kata, si isteri ajak bermain pun Doraemon tak layan. Seharian Doraemon tiada di rumah buatkan kami tercari-cari. Menurut jiran, Doraemon berkali-kali pergi ke tempat isterinya bersalin. 

    Di sebelah malam, selepas ambil isteri aku balik kerja, aku ternampak Doraemon terbaring di jalan tak bernyawa. Tak sangka malam tadi dia mati (kena langgar). Dia pergi buat selamanya. Menangis air mata berdarah sekalipun, Doraemon takkan kembali lagi. 


    Pagi-pagi dari luar tingkap aku dah nampak isteri Doraemon menunggu di luar. Mungkin dia tak tahu Doraemon dah tak ada. Sedihnya. Baru kehilangan anak, sekarang dia kehilangan suami. Begitulah dunia, takkan kekal selamanya walau macam mana pun kita sayang. 



    Dulu aku selalu marah Doraemon. "Kau makanlah dulu. Bapak beli makanan mahal-mahal untuk kau makan, bukan untuk kucing lain!". Walaupun begitu, dia tetap beri isteri dia makan dulu, selebihnya baru dia makan. 

    Doraemon membuktikan bahawa kucing mempunyai naluri seorang bapa yang kuat dan juga telah menyentuh hati aku yang paling dalam. Daripada seorang yang tak suka dengan kucing hingga bertambah cinta. 

    Sekarang aku sangat percaya bahawa kucing ada perasaannya sendiri. Doraemon adalah lambang seekor bapa kucing yang agung. Tak terbanding dengan mana-mana kucing yang pernah aku jaga. Manusia pun belum tentu punyai naluri kebapaan sebegini. 


    Hari ini, janggal aku rasakan...


    Biasa kalau nampak orang, dia (isteri Doraemon) akan lari. Kali ini tak teragak-agak sampai nak masuk rumah cari Doraemon. Doraemon dah tak ada sayang. Carilah kebahagiaan lain. 


    Aku baru nak move on, isteri aku pula share gambar ini. Isteri Doraemon dah tak teragak-agak bersemuka dengan isteri aku. Tak takut dah, sampai nak masuk rumah. 

    Dia seperti nak cakap sesuatu, kami tahu apa yang dia maksudkan. Terimalah hakikat ini sayang. Doraemon tak ada lagi di dunia ini. Mulakanlah hidup yang baru. 

    Ini bukan kali pertama aku kehilangan atau kematian kucing. Tetapi kisah Doraemon yang penuh drama ini sangat menyentuh hati. Doraemon lambang seorang ayah dan suami yang penyayang yang dijelmakan dalam jasad seekor kucing. 

    Sumber: Zulkha


    from The Reporter http://bit.ly/2GDIZsh
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment