Kehilangan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menimbulkan rasa bimbang ibunya sehingga terpaksa membuat laporan polis.
Menurut wanita berkenaan, dia dimaklumkan oleh anaknya, Ani Syafiqah Mohd Suhaimi, 15, pada jam 6:30 petang Khamis bahawa dia mahu pergi berjumpa dengan bapanya di Kota Tinggi, Johor.
Namun pada hari semalam, ibu saudara remaja itu memaklumkan anaknya tidak datang ke sana.
"Saya cuba menghubungi anak saya melalui telefon bimbitnya tetapi tidak dapat dihubungi. Saya syak anak saya telah mengikut teman lelakinya bernama Muhammad Shah Aiman Iskandar, 19,.
"Saya tidak tahu mereka pergi ke mana," katanya dalam laporan polis tersebut.
Justeru, ibunya meminta orang ramai membantu mengesan anak perempuannya bersama dengan teman lelaki yang sudah dua hari tidak pulang ke rumah. Jika teserempak dua remaja terbabit, sila hubungi talian 011-28611559 (ibu mangsa) atau 019-7876333 (datuknya).
Sumber: Peon JB
from The Reporter http://bit.ly/2ZpLkhu
via IFTTT
No comments:
Post a Comment