Seorang bapa merakam gambar anak perempuannya didera, dikurung dalam sangkar anjing dan dipijak di muka kepada bekas isterinya untuk tujuan membalas 'dendam'.
Ibu mangsa, Xu Ting, bagaimanapun kesal polis enggan mengambil tindakan selepas dia membuat laporan polis berhubung kes itu.
Ini kerana polis percaya lelaki itu berbuat demikian kerana tertekan dan sebagai wanita dia perlu memahami keadaan itu.
Gambar bayi berusia 20 bulan dalam sangkar anjing dan wajahnya dipijak bapanya viral di media sosial dan mengundang kemarahan netizen.
Gambar itu dimuat naik anak perempuan Xu Ting yang masih tinggal bersama dengan bekas suaminya sejak mereka bercerai tahun lalu.
Pihak berkuasa mula menyiasat kejadian itu selepas gambar-gambar penderaan itu dihantar kepada ibu mangsa.
Siasatan awal mendapati, bapa mangsa mengaku menghantar gambar tersebut tetapi tidak menjelaskan motif sebenar dia berbuat demikian.
Kes masih siasatan dan suspek dijangka akan hilang hak penjagaan terhadap anak-anaknya.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter http://bit.ly/2IQVUsj
via IFTTT
No comments:
Post a Comment