loading...
  • Breaking News

    Tuesday, August 18, 2020

    Aktiviti sukan & kokurikulum dibenarkan bermula 1 September


    Bermula 1 September ini, aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah untuk pelajar sekolah adalah dibenarkan. 

    Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini selepas meneliti pembentangan garis panduan mengenai aktiviti itu yang dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diluluskan.  

    "Garis panduan ini merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal.

    "Antara yang perlu dipatuhi termasuk mendapatkan kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga murid yang terbabit selain, penggunaan bilik mandi dan persalinan dihadkan, memastikan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik dan satu hingga lima meter bagi aktiviti dinamik dan peralatan perlu dibersihkan dan disanitasi.

    "Aktiviti yang diadakan juga perlu mengikut garis panduan dan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta KPM sedia ada," katanya.

    Tambah beliau, garis panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Amali Teknikal dan Vokasional juga akan berkuat kuasa pada 1 September ini yang turut menetapkan bilangan murid berdasarkan kapasiti tempat selain peralatan amali yang sentiasa dibersihkan.

    Bagaimanapun, murid yang mempunyai gejala adalah tidak dibenarkan mengikuti aktiviti itu sementara.

    Untuk maklumat lanjut, garis panduan tersebut boleh diperolehi di laman web Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh berkenaan. 

    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/2Q4oo44
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment