loading...
  • Breaking News

    Monday, August 24, 2020

    'Anjay! Baru puji mamat tu kacak, dah mengelabah??' - Couple ajak geng serang & aibkan si gadis kacang


    Hanya kerana memuji jejaka di dalam gambar itu kelihatan kacak, seorang gadis bukan sahaja dicemuh, malah diaibkan secara terbuka di laman Twitter. Tetapi siapa sangka, tindakan sekumpulan anak muda itu akhirnya menerima padah apabila masing-masing mendapat kurma. 

    Terdahulu, seorang remaja lelaki memuat naik gambar dia dan rakan-rakannya berposing sakan dengan pelitup muka dengan gaya tersendiri ala-ala retis di tepi jalan. 

    Seperti biasa, gambar yang dimuat naik di laman Twitter pasti ada yang mengamatinya dan kekacakan remaja lelaki berbaju biru itu menarik perhatian si gadis yang kemudian memuat naik tweet yang memuji kekacakkannya itu. 


    Malangnya, pujian itu mengundang rasa tidak puas hati pihak di sebelah sana yang tiba-tiba membalas tweet tersebut. 

    "Ya, saya girlfriend dia. Ada apa ya?" 


    Tindakan si girlfriend membuatkan si gadis itu terkedu, namun masih sempat untuk mengucapkan tahniah. Tetapi si lelaki itu pula menuduh gadis berkenaan hanya sekadar mahukan perhatian. 

    "...memang dia girlfriend aku. Ada masalah ke? Nak attention eh?"


    Tidak terhenti di situ, beberapa rakan si polan juga datang membantu mempertahankan pasangan remaja itu yang belum tentu tahu sama ada berkahwin atau tidak, atau menjadi milik orang lain di masa depan. 

    Seperti tiada didikan asas di rumah atau sekolah, rakan pasangan itu selamba hantu raya menghina muka si gadis itu dengan melabelkan mukanya seperti bundle vintage, hancing, tak lawa bagai.

    "Jangan kacau saya, saya nak makan kacang. Puji pun semak ke?" soal si gadis itu.



    Enggan mengeruhkan keadaan, gadis berkenaan sekadar mampu mendoakan perhubungan mereka kekal ke jannah dan jikalau terputus di tengah jalan, dia ucapkan Innalilah sahaja. 

    Tweet panas itu mendapat perhatian netizen yang kini viral di serata media sosial. Rata-rata netizen mendakwa pasangan itu mengelabah teruk sehingga sanggup bawa geng untuk mengaibkan si gadis itu. 






    Sumber: Twitterjaya



    from The Reporter https://ift.tt/2FRUIFu
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment