Seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar barang tidak menyangka dia akan mendapat 'bantuan' dari pelanggan yang membuatkan dia rasa sebak dan terharu.
Entertainer, Rick Lax, berasal dari Amerika Syarikat, gemar membuat video permainan teka-teki dan bagi individu yang berjaya menjawabnya akan menerima ganjaran berbentuk wang tunai.
Baru-baru ini, Rick mengajak seorang penghantar barang untuk turut serta dalam permainannya itu tanpa mengetahui dia bakal mendapat ganjaran.
"Sebelum awak pergi, saya ada beberapa sampul di sini berserta dengan soalan. Kalau awak dapat jawab soalan-soalan ini dengan betul, awak boleh simpan apa yang terkandung di dalamnya.
"Kalau awak nak main, ada ganjaran menarik di dalamnya. Pilihlah sampul tu," kata Rick.
Tiga soalan pada sampul tersebut berjaya dijawab dengan tepat oleh lelaki berkenaan. Rick kemudian memberi beberapa sampul tambahan lagi untuk dijawabnya.
Sehinggalah pada sampul terakhir, dia tidak dapat memberikan dua nama anggota N'sync, hanya mampu menjawab Justin Timberlake.
Rick kemudian meminta lelaki itu membuka semua sampul tersebut dan menunjukkan isi kandungannya. Jumlah keseluruhan wang yang diperoleh dari sampul itu adalah $82 (RM343) dan tidak semena-mena wajah lelaki itu berubah.
Menurut lelaki itu, dengan jumlah wang yang diperolehi itu dia boleh gunakan untuk membayar sewa kediamannya.
Sebelum video itu berakhir, meskipun dia tidak berjaya menjawab soalan pada sampul terakhir, Rick memberikan isi kandungan sampul itu, $100 (RM420) membuatkan lelaki itu terkedu dan tidak mampu berkata apa-apa.
Bagi Rick, dia memberikan wang terakhir itu kerana dia merasakan lelaki itu amat memerlukan wang.
Dalam keadaan yang masih terkejut, lelaki itu beredar dan sempat mengucapkan terima kasih kepada Rick.
Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Sumber: Rick Lax
from The Reporter https://ift.tt/2DZcV3i
via IFTTT
No comments:
Post a Comment