loading...
  • Breaking News

    Friday, August 28, 2020

    'Memang patut anak & menantu kena kompaun' - Mukhriz ucap terima kasih kepada polis kerana ambil tindakan tegas


    Kecoh di media sosial semalam mengenai seorang anak VIP ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah pub di Kuala Lumpur. 

    Bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir tampil mengesahkan bahawa anak perempuan dan menantunya yang ditahan polis. 

    Mukhriz berkata, dia sebelum ini sudah berpesan kepada keluarganya agar tidak melanggar sebarang arahan PKP dan wajar menunjukkan contoh yang baik. Namun nasihat itu umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

    "Saya dah pesan dah kepada kaum keluarga saya, musim PKPP ini janganlah langgar kerana kita mesti tunjuk contoh yang baik. 

    "Memanglah saya rasa kecewa kerana pelanggaran tetap berlaku, jadi kita dah beri teguran. Memang patutlah mereka kena kompaun," katanya. 

    Dalam pada itu, Mukhriz juga berterima kasih kepada pihak polis yang mengambil tindakan tegas terhadap anak perempuan dan menantunya itu. 

    Terdahulu pada 23 Ogos 2020, sebuah pub di Taman Tun Dr Ismail diserbu polis pada jam 1.20 pagi dan seramai 29 kaki pub ditahan dan dikompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang. 

    Sumber: MalaysiaKini



    from The Reporter https://ift.tt/3jmJxmu
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment