loading...
  • Breaking News

    Tuesday, August 18, 2020

    (Video) 'Laju-laju nak ke mana?!' - Gelojoh nak motong, akhirnya eksiden


    Perjalanan ke Cameron Highland menggunakan laluan Tapah sepatutnya berjalan lancar. Tetapi disebabkan kurangnya kesabaran, pemandu kereta merah dalam video viral ini terbabit dalam kemalangan. 

    Umum tahu, keadaan jalan di laluan Tapah ke Cameron Highlands adalah sempit dan curam. Pengguna jalan berkenaan amatlah tidak digalakkan memotong dan memandu laju kerana risiko terbabit dalam kemalangan adalah tinggi. 

    Berdasarkan video berdurasi satu minit itu, difahamkan kejadian berlaku pada 16 Ogos 2020 jam pada waktu tengah hari di mana kereta perakam video tersebut terpaksa memberi laluan kepada kereta merah itu yang dipercayai cuba memintas kenderaan mereka. 

    Setelah diberi ruang, kereta merah masuk ke lorong bertentangan. Pemandu kereta itu sepatutnya masuk semula ke laluan asal selepas memintas kereta perakam di mana ruang yang diberikan juga adalah mencukupi, malangnya dia tidak berbuat demikian. 

    Akibatnya, kereta merah itu bertembung dengan sebuah kenderaan MPV dan para pengguna lain terpaksa brek secara mengejut. 

    Pemandu dan penumpang kereta MPV keluar dari kenderaan dan mula memarahi pemandu kereta merah berkenaan. Kereta MPV itu juga dilihat berasap di bahagian belakang. 

    Tidak diketahui apa yang terjadi seterusnya. Namun yang masih menimbulkan persoalan sehingga kini ialah, siapa yang kentut di dalam kereta perakam? Adakah Ryan atau orang lain? 

    Sumber: MyWatch



    from The Reporter https://ift.tt/34cGE3o
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment