Heboh di media sosial semalam video viral yang menunjukkan sebuah kenderaan kompak berwarna hitam memandu secara melulu dan berbahaya di sekitar kawasan Komtar, Pulau Pinang.
Berdasarkan video viral yang dirakam oleh orang awam itu menunjukkan, pintu di bahagian penumpang hadapan turut terbuka dan kelihatan seorang individu meronta-ronta seperti sedang bergelut dengan pemandu.
Tidak diketahui apa sebenarnya yang berlaku tetapi situasi yang mencemaskan itu membuatkan dua individu yang merakam kejadian itu bertindak mengekori kenderaan terbabit.
Secara tiba-tiba kereta itu membrek secara mengejut di lorong kiri dan hampir menyebabkan kereta perakam merempuh bahagian belakangnya.
Ketika kereta perakam lalu di sebelah kanan mendakwa dia ternampak pemandu kereta hitam itu memukul seorang wanita sebelum bertindak memecut laju.
Wanita di dalam kereta itu masih tidak berputus asa dan sedaya upaya cuba keluar dari kereta tetapi gagal berbuat demikian.
Pengguna jalan raya lain yang cemas melihat situasi itu mula membunyikan hon tetapi tidak diendahkan oleh pemandu itu yang masih meneruskan pemanduan.
Tidak lama selepas itu, kereta tersebut berhenti dan mangsa berjaya keluar dari kereta itu yang kemudian terus beredar dari lokasi kejadian.
Mangsa cuba meminta bantuan orang awam, tetapi malangnya tiada sesiapa yang tampil membantu.
Tidak diketahui apa sambungannya tetapi netizen mula mempersoalkan, mengapa tiada seorang pun yang cuba membantu mangsa.
Ramai netizen yang menggesa pihak polis menyiasat kejadian itu.
Sumber: Penang Kini
from The Reporter https://ift.tt/3hHDf0n
via IFTTT
No comments:
Post a Comment