loading...
  • Breaking News

    Tuesday, August 18, 2020

    'Saya takkan recommend kepada rakan-rakan datang bercuti di sini' - Atlit Parkour kongsi pengalaman buruk di resort ini, Aliff Syukri gesa padam


    Viral di media sosial sejak semalam, perkongsian pengalaman atlit sukan parkour, Abudi Alsagoff bersama dengan keluarganya menetap di sebuah resort milik ahli perniagaan, Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman, yang dikatakan kurang memuaskan. 

    Dalam perkongsian itu, Abudi menyatakan 14 point yang menjadi masalah pada resort Sugeh Hill Resort Janda Baik. Berikut perkongsian beliau:

    "Hari itu, kami sekeluarga pergi bercuti ke Sugeh Hill Dato' Aliff Syukri. Tempat besar dan cantik tetapi itulah, kesian. Maintainance dan customer service perlu diperbaiki. 

    "Mungkin Dato' Aliff kena pantau lagi pekerja di resort. Kesian, invest puluhan juta, service dan tempat disampahkan. 10/10, I wouldn't ever recommend to any of my international friends coming for a holiday or getaway near Kuala Lumpur." 
























    Bagi Abudi, 14 point tersebut membuatkan dia sukar untuk memberi penilaian bintang dan itu merupakan kali pertama dan terakhir dia menjejakkan kaki ke Sugeh Hill Resort. 

    Perkongsian itu diketahui oleh Aliff Syukri yang kemudian menghubungi Abudi dan meminta dia memadamkan status Facebook tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 

    "Delete posting awak atau saya ambil tindakan. Sekarang. Saya juga ada bukti attitude awak. Jangan sampai awak malu. Saya ada record CCTV," tulis Aliff Syukri dalam mesej tersebut. 


    Namun Abudi enggan memadamkan statusnya dan mempersoalkan tindakan Aliff yang dianggap seperti cuba melakukan ugutan terhadap dirinya. 

    "Delete posting?? Maaflah Dato. Your staff members seriously need more customer service trainings. Dato', instead of apologizing to your valued customers, you are trying to intimidate me? I was even trying to help you," kata Abudi yang juga berharap Aliff memuat naik video CCTV yang dikatakannya itu. 

    Selain itu, Abudi juga memuat naik gambar screenshot perbualannya dengan Aliff berhubung cadangan penambahbaikkan sistem penempahan/pembayaran Sugeh Hill Resort. 



    Sementara itu, Aliff Syukri melalui akaun Instagramnya menjelaskan dari pihak yang menularkan isu itu di Facebook juga melakukan perkara yang tidak sepatutnya. 

    "Terima kasih kepada pihak family tuan yang memviralkan resort kami yang tidak pasti kesahihannya. Apa pun, saya nak ucapkan terima kasih kerana menginap di resort saya di Kampung Janda Baik, iaitu eco resort, bukan hotel lima bintang sebab itu harga bilik di sini serendah RM175 dan mereka bercuti selama tiga hari di sini dengan jayanya," katanya dalam kenyataan itu. 

    Menurut Aliff, ketika kejadian itu berlaku, dia tiada di lokasi. Namun dia sentiasa memantau keadaan di resort tersebut bagi memastikan pelanggan berada dalam keadaan baik. 

    Jelas Aliff, ruangan lobi juga bukan untuk berlari atau bermain, tetapi ruang untuk menunggu.

    "...saya rasa tuan juga maklum bahawa lobi bukanlah ruang untuk berlari atau bermain. Di sana adalah ruang menunggu. 

    "Tetapi keluarga tuan telahpun bermain bola, makan beramai-ramai di lobi, barang di atas sofa dan mengalihkan perebot dari tempat asal. Walhal lobi bukan tempat untuk aktiviti berkeluarga. Pihak tuan sendiri membiarkan anak-anak kecil bermain di sana," katanya. 



    Abudi pula memberi respon bahawa, video yang dimuat naik itu jelas sekali satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan tidak profesional. 

    Di media sosial, ada yang menyokong Abudi, tidak kurang juga yang mempertahankan Aliff. Namun, netizen berharap kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian yang baik dari terus memanjangkan perkara itu kerana, biarpun ada pihak yang menang dan kalah, reputasi kedua-duanya akan tetap terjejas.

    Sumber: Abudi Alsagoff, Aliff Syukri



    from The Reporter https://ift.tt/320H0aK
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment