Syed Saddiq: "Adakah Arau (Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim - UMNO) bersetuju dengan pihak yang dengan berani mempertahankan bermati-matian Menteri Khairuddin Takiri..
"...apabila dia tidak mngikut perintah kuarantin tetapi dia dilihat sebagai penyelamat kerana bila dia pergi ke Turki, dia membawa balik RM82 billion..."
Belum sempat Arau menjawab, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO) tampil mencelah dan menegaskan bahawa Khairuddin merupakan penyelamat negara.
Azeez: "Dia penyelamat. Dia bawa balik RM82 billion!"
Azeez juga melabelkan Syed Saddiq sebagai budak-budak kecil kerana membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat, sedangkan Khairuddin telah membayar kompaun RM1,000 yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadapnya pada 7 OGos lalu.
Sementara itu, Shahidan pula berkata, "...kita ikut proses undang-undang. Dia telah membuat sesuatu yang terbaik".
Klip video itu kemudian dimuat naik ke ke Twitter dan Syed Saddiq mahu rakyat menilai sendiri bagaimana cara dan gaya Ahli Parlimen 'Boomer' apabila berbahas di Dewan Rakyat.
Saya bangkitkan soal perlaksanaan SOP COVID19 yang selektif kepada menteri dan orang awam.
— Syed Saddiq 🇲🇾🌺 (@SyedSaddiq) August 24, 2020
Bila saya tanya, dilabel “budak-budak kecik”.
It's okay.
Remember these old faces. Lepas ni TUKAR! Biar anak muda ambil alih.#MasaKita pic.twitter.com/qorNhW3qP7
"Saya bangkitkan soal perlaksanaan SOP COVID-19 yang selektif kepada menteri dan orang awam. Bila saya tanya, dilabel 'budak-budak kecik'.
"It's okay. Remember these old faces. Lepas ni TUKAR! Biar anak muda ambil alih," katanya.
"Angkuh, bodoh dan biadap.. sikap MP MP boomers yang sekadar menjadikan Dewan Rakyat kita (seperti) gelanggang sarkis.
"Kepada para pengundi muda, camkan muka-muka mereka. PRU 15 nanti tukar mereka!"
Netizen turut meluahkan rasa kesal mereka di media sosial.
Sumber: Twitter Syed Saddiq
from The Reporter https://ift.tt/3htKKbb
via IFTTT
No comments:
Post a Comment