loading...
  • Breaking News

    Wednesday, August 26, 2020

    (Video) Dendam dengan majikan, pengasuh tampar bayi 11 bulan berkali-kali


    Seorang pengasuh berusia 54 tahun di China, kantoi menganiaya bayi yang diasuhnya dan ditahan polis. 

    Insiden itu hanya diketahui oleh ibu mangsa selepas menonton semula video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mana anaknya yang baru berusia 11 bulan itu ditampar beberapa kali.

    Berdasarkan video tersebut, pengasuh yang dikenali sebagai Zhang itu terdahulu dilihat sedang menyuap makanan pada mangsa yang ditempatkan di kerusi bayi. Mangsa dipercayai menggigit sudu dan enggan melepaskannya, membuatkan Zhang bengang dan terus menampar muka bayi itu beberapa kali. 

    Terkejut melihat kejadian itu, pasangan berkenaan memeriksa video CCTV beberapa hari lalu dan mendapati bayi mereka pernah ditolak dengan sengaja sehingga terjatuh.

    Pasangan itu segera membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

    Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan Zhang untuk disoal siasat.

    Dalam keterangannya, Zhang mengaku melakukan perbuatan itu semua tetapi memberikan alasan itu semua berlaku kerana dia tidak berpuas hati dimarahi oleh majikannya tempoh hari dan bagi melepaskan kemarahannya, dia bertindak memukul mangsa.  

    Biar apa pun alasan yang diberikan oleh Zhang, polis mengenakan denda sebanyak 500 yuan (RM302) dan ditahan di lokap selama 10 hari. 

    Sumber: Daily Mail



    from The Reporter https://ift.tt/3hvbI2e
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment