loading...
  • Breaking News

    Sunday, August 23, 2020

    Guna aplikasi navigasi punca masuk ke laluan motosikal - Pemandu Toyota Vios


    Susulan viral video kereta Toyota Vios yang dipandu secara melawan arus di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Mid Valley, pemandunya telah tampil menyerah diri petang semalam. 

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lelaki berusia 29 tahun itu datang ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk membuat laporan.

    Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit yang juga merupakan seorang anggota penguat kuasa memberikan alasan dia menggunakan aplikasi navigasi sehingga termasuk ke laluan motosikal dalam kejadian Rabu lalu.

    Kes masih dalam siasatan pihak polis.

    Terdahulu, seorang pekerja bank terlanggar tembok kiri di bahu jalan ketika cuba mengelak kereta Vios berkenaan yang menyalahgunakan lorong motosikal secara melawan arus. 

    Tampil seorang lelaki yang bernama Fahmi Faiz yang bertindak mengiringi kereta itu keluar dari lorong berkenaan menjelaskan, pemandu itu cuba mengelak dari jalan sesak dan masuk ke laluan motosikal sebelum tersangkut. 

    "Ceritanya si Vios itu nak lari elak jalan sesak, dia ikut laluan motosikal di federal highway. Sampai di bulatan area Mid Valley, kereta dia sangkut dan saya suruh dia patah balik sebab kereta memang tak boleh keluar ikut situ kerana laluannya sempit. 

    "Saya pun bawa kereta itu keluar dari jalan itu. Saya wrong way dan bagi isyarat emergency supaya motosikal di hadapan berhati-hati. 

    "Sampai di terowong itu, apa boleh buat. Abang naik motor biru (Yamaha R15 tak sempat nak brek lalu terus melanggar dinding yang berhampiran kuil. 

    "Saya nak turun tolong tak boleh, risau motosikal yang datang dari arah hadapan akan jadi mangsa kemalangan. Bila si kereta Vios ini dah selamat masuk ke federal highway, saya pergi ke tempat kejadian itu semula tetapi mangsa sudah beredar," katanya. 

    LAPORAN BERKAITAN



    from The Reporter https://ift.tt/34nWPLg
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment