loading...
  • Breaking News

    Monday, August 17, 2020

    Remaja bakar pusat tahfiz sehingga korbankan 23 individu, dipenjara sehingga mendapat pengampunan Agong


    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun, setelah didapati bersalah dalam kes pembunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, hampir tiga tahun lalu. 

    Dalam tragedi yang berlaku antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi 14 September 2017 itu, remaja itu dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz tersebut. 

    Antara yang terkorban ada 21 pelajar tahfiz dan dua guru yang terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan. 

    28 Januari 2020, remaja itu diperintah untuk membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. 

    Dia didakwa dengan 23 pertuduhan yang masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika didapati bersalah. 

    Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan, pesalah di bawah usia 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama. 

    Seksyen 94 akta sama memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan ibu bapa atau penjaga dikenakan denda atau pampasan. 

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim, sementara tertuduh diwakili peguam Haijan Omar. 

    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3g1atGj
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment