loading...
  • Breaking News

    Friday, August 28, 2020

    Penunggang motosikal maut rempuh pasu bunga hiasan ketika cuba elak terlanggar kucing


    Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh pasu hiasan di pembahagi jalan.

    Dalam kejadian yang berlaku pada malam tadi berhampiran Pejabat Daerah Baling, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

    Menurut sumber, mangsa cuba mengelakkan dari terlanggar seekor kucing yang sedang melintas jalan. Namun tidak sempat mengelak lalu melanggar kucing terbabit. 

    Pelanggaran itu menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu merempuh pasu hiasan yang diletakkan di tengah pembahagi jalan.

    Kucing yang dilanggar juga dilaporkan mati. 

    Gambar kejadian itu viral di media sosial dan ramai netizen yang bersimpati dengan nasib kedua-dua mangsa. 

    "Allah, meninggal di malam Jumaat sekali dengan Oyen. Semoga mereka bertemu di syurga, semoga roh almarhum dicucuri rahmat," kata netizen. 

    Netizen turut meminta pihak berkuasa tempatan mengkaji semula kepentingan meletakkan pasu bunga hiasan di lokasi berkenaan. 

    "Kena study semula pasu bunga atas divider tu, keperluan dan aspek keselamatan. Kalau tak releven dan membahayakan, biar ada divider cukuplah," kata netizen. 


    Sementara itu, Abaya Fiona berkata, mangsa, Muhammad Azam Wahab merupakan saudaranya dan keluarga mereka kini sedang menguruskan jenazah mangsa. 

    Beberapa hari sebelum itu, Fiona mengakui rasa tidak kena seperti rasa nak mati, rupa-rupanya ada ahli keluarga terdekat yang bakal pergi. 

    "Dua tiga hari ni Fiona yang dok rasa macam dah nak mati sebab jantung sakit. Tengok-tengok orang yang kita sayang yang meninggal. 

    "Untung Dik Dam meninggal di malam Jumaat. Ramai cakap terlepas hisab azab kubur. Mudahan macam tu la. Benda asbab nak jadi tu la sebab Dik Dam mengelak kucing saja noh. 

    "Tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara Fiona, Muhammad Azam Bin Wahab," katanya. 

    Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



    from The Reporter https://ift.tt/2EHibIZ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment