loading...
  • Breaking News

    Monday, August 17, 2020

    'Saya yakin saya tidak bersalah' - Ketua Pemuda Armada pertahan janji keluarkan surat sokongan


    Dalam laporan MalaysiaKini Ahad (9/8/2020), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, selaku timbalan menteri, dia dapat 'permudahkan' urusan untuk membantu ahli Armada (BERSATU) melalui exco-exco yang dilantik kelak.

    Wan Ahmad Fayhsal berkata demikian ketika berkempen bersama Armada Pahang  bagi pemilihan calon Ketua Pemuda Armada pada 27 September 2020. 

    "(Contohnya) ada (ahli) Armada di Pahang yang terlibat dengan pertanian, kita fikir jalan macam mana nak tubuhkan konsortium Armada Pahang yang terlibat dengan pertanian.

    “Jadi kita jumpa Datuk Ronald (Kiandee) (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan beritahu ini hajat Armada Pahang. Tolong datuk. Bantu kami.

    “Dan saya sebagai timbalan menteri, dan Insya-Allah, ketua Armada Nasional, akan permudahkan.

    "Bagaimana? Saya keluarkan surat sokongan sebagai timbalan menteri, sebagai ketua Armada dan saya akan buat salinan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, untuk perkukuhkan.

    “Itu guna jawatan! Jawatan ini diberi untuk permudahkan kalian. Bukan untuk saya seorang. Tapi untuk bantu kalian, bantu saya juga.

    "Pertama, undilah saya,” katanya menerusi klip video terbabit.

    Sabtu (15/8/2020), Wan Ahmad Fayhsal dipilih sebagai Ketua Pemuda Bersatu (Armada), menewaskan empat calon lain. 

    Hari ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan bahawa apa yang diucapkannya semasa berkempen minggu lalu adalah tidak melakukan sebarang kesalahan. 

    Katanya, janji itu dibuat dalam konteks ingin menolong golongan belia terutamanya luar bandar untuk mendapatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan terbabit. 

    "Konteks yang berlaku adalah ketika mana saya bertemu dengan akar umbi. Saya turun bukan sekadar sebagai calon ketua Armada nasional untuk berkempen, tapi sebagai timbalan menteri ketika turun bersama dengan anak muda di akar umbi.

    "Saya lihat sendiri bagaimana pemuda-pemudi di kampung, di luar bandar, terputus maklumat-maklumat dan pengumuman yang kerajaan buat dalam (program) Prihatin dan Penjana.

    "Mereka tak tahu bagaimana mereka ingin dapatkan bantuan yang begitu banyak sekali, kerana mereka mungkin kurang celik IT, terputus dengan bekalan maklumat yang penting.

    "Jadi konteks saya bercakap sebegitu adalah untuk memastikan jentera-jentera kami di bawah Armada ini ada di akar umbi, di setiap parlimen, di setiap Dun dan mereka menyantuni anak muda di bawah," katanya dalam sidang awal hari ini.

    "Jadi insya-Allah, saya rasa perkara itu tak menjadi masalah, kerana saya tidak melakukan apa-apa yang bersalahan dengan undang-undang," katanya. 

    Sumber: MalaysiaKini



    from The Reporter https://ift.tt/313dWA9
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment