loading...
  • Breaking News

    Sunday, September 6, 2020

    'Aku ceraikan kau dengan talak 3' - Suami ceraikan isteri sarat mengandung demi Fatin


    Di saat menunggu hari bersalin, seorang wanita tidak menyangka akan menerima mesej WhatsApp dari suami yang melafazkan cerai talak tiga kepadanya. 

    Tiada isteri yang mahu hubungan sah yang dibina selama ini, akhirnya terhenti di pertengahan jalan gara-gara kehadiran orang ketiga. 

    Sudah cuba untuk berbincang dengan pihak sebelah sana, tetapi mereka enggan memberi kerjasama, malah bertindak menyekat nombor bakal ibu ini di aplikasi WhatsApp. 

    FINALLY kau lafaz juga aku dengan talak tiga, dengan keadaan aku mengandung sekarang ini demi insan yang bernama 'FS'.

    Setelah lama kau mendiamkan diri, nafkah kau abaikan. Langsung tak peduli pasal bini dan keperluan bakal anak yang akan dilahirkan nanti. 

    Dengan cara mengejut begini, dua kali aku baca chat yang dilafazkan semalam. Dengan perasaan sedih hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya. 

    Kenapa? Tak boleh ke tunggu aku bersalin kalau nak bercerai pun. Hanya lelaki yang dayus akan bagi talak tiga.

    Aku tak nak aibkan siapa-siapa tetapi dengan talak tiga demi perempuan ini, aku susah nak terima. Mungkin dengan talak satu atau dua aku akan terima. Tetapi ini talak tiga, benda dah tak boleh nak buat apa dah untuk depan hari nanti. 

    Then dia warning pula, haram kalau aku post gambar dia ke apa. Kalau cakap tentang soal haram, cerminkan diri kau dulu. Betul ke tak apa yang kau buat selama ini, cara kau melayan bini kau. 

    Kalau tak suka sekali pun, mari berjumpa dengan keluarga, bukannya dengan cara macam ni sekali. Bagi hak perempuan tu dah puas hati terus sebab suami dah bagi talak tiga dekat aku. 

    Kalau ada pihak keluarga perempuan itu nak minta maaf, aku takkan terima dengan kata-kata maaf setelah kena talak tiga baru nak minta maaf. 

    Benda ini dah lama sangat, yes memang aku cari family dia sebab aku nak selesaikan dengan cara baik, nak berbincang dengan family perempuan ini. Tetapi masing-masing-masing tak nak selesai, sibuk block WhatsApp apa semua. 

    Jangan jadi pengecut dan jangan jadi bodoh marahkan orang balik sebab orang cari family kau. Bukan senang setiap orang nak terima benda ni. 

    Tak apalah, yang laki ingat sikit. Jangan nak menyesal di kemudian hari bila tengok muka anak nanti. Sekarang memang tak rasa apa-apa lagi. Kalau Allah dah terbalikkan hati tu, kau akan jadi gila talak! 

    Hmmmm cuba move on dengan talak yang dilafazkan. So pergilah, nak kahwin buat secara besar-besaran pun aku dah tak kisah sebab dengan lafaz ini akan menjadi bukti di kemudian hari. 

    Jangan terlalu happy sangat kalau kita hidup dengan menganiaya orang. Sampai mati aku akan ingat semua ini. 

    Sumber: Cik Shuhada Nasir



    from The Reporter https://ift.tt/2DwmF4K
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment