Ditegur, tak mahu dengar. Umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Ada baiknya tiada telinga terus.
Saban hari netizen meluahkan rasa kesal terhadap golongan berbasikal di lebuhraya atau jalan-jalan utama kerana tindakan mereka itu banyak membahayakan diri dan juga pengguna jalan raya lain.
Bukan hendak menentang aktiviti yang menyihatkan tubuh badan itu, tetapi berbasikal pun biarkan kena pada tempat dan masanya.
Dalam kejadian baru-baru ini, kereta yang dinaiki satu keluarga ini nyaris merempuh sekumpulan penunggang basikal di flyover Rasah Kemayan menuju ke Gateway Seremban.
"Allahuakbar, mujur encik suami sempat menekan brek dan kereta di belakang kami hampir-hampir nak melanggar kami.
"Kepada yang menunggang basikal ini, kalau korang nak mengayuh pun silalah beringat. Ini jalan bandar dan hari hujung minggu kenderaan memang banyak sangat dan berbahaya.
"Lori, motosikal bersimpang siur. Kami memikirkan anda yang kecil. Kereta rosak boleh diganti dik. Tetapi kalau nyawa yang melayang, tiada galang gantinya.
"Tolonglah berkayuh di tempat yang sesuai dengan persekitaran. Semoga berhati-hati di kemudian hari," kata pengadu yang tidak mahu didedahkan namanya.
Bagi netizen, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap golongan ini atas soal keselamatan semua pihak.
Sumber: Negeri Sembilan Kini
from The Reporter https://ift.tt/2Fr6F55
via IFTTT
No comments:
Post a Comment