loading...
  • Breaking News

    Thursday, September 10, 2020

    'Komander arah kami tembak saja sesiapa di depan mata' - 2 anggota tentera dedah kekejaman Myanmar terhadap etnik Rohingya


    Dua anggota tentera Myanmar yang telah insaf tampil mendedahkan bahawa mereka selama ini telah diberi arahan oleh 'orang atasan' untuk menembak apa sahaja yang dilihat dan didengari ketika menghapuskan perkampungan ektnik Muslim Rohingya, 

    Pengakuan itu merupakan pengakuan kali pertama dibuat oleh tentera Myanmar terlibat secara langsung dalam pembunuhan beramai-ramai yang dianggap oleh Kerajaan Myanmar sebagai 'Kempen Pembersihan Etnik' bagi menghapuskan golongan pengganas dari Rakhine. 

    Difahamkan, dua anggota tentera Myanmar itu tiba di sempadan Bangladesh-Myanmar pada pertengahan Ogos dan meminta perlindungan dari pihak berkuasa Bangladesh. Pegawai yang mengambil kes mereka kemudian memaklumkan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa. 

    Myo Win Tun

    Zaw Naing Tun

    Dua anggota tentera berkenaan kini berada dalam tahanan Makhamah Jenayah Antarabangsa, Den Hagg. Rakaman video itu pula dirakam pada Julai lalu. Tidak diketahui sama ada pengakuan yang dibuat oleh dua anggota terbabit dipaksa atau sebaliknya.  

    Menurut dua anggota tentera berkenaan, mereka telah diberi arahan untuk menghapuskan semua 'Kalar' (kata penghinaan untuk Rohingya) dan menceritakan secara terperinci bagaimana mereka menjalankan operasi termasuk merompak harta benda penduduk, merogol wanita Rohingya dan membunuh kanak-kanak kecil.

    Myo Win Tun, 33, dan Zaw Naing Tun, 30, berkhidmat di dua batalion infantri ringan secara berasingan memaklumkan ada 19 nama anggota tentera terlibat dalam operasi itu termasuklah mereka sendiri. 


    Myo  berkata, Kolonel Than Htike, Komander Pusat Operasi Ketenteraan ke-15, telah memberi arahan untuk menembak semua yang dilihat dan didengari, ketika menyerang kampung-kampung Muslim Rohingya. Dalam operasi tersebut, mereka membunuh dan mengebumikan 30 orang yang terdiri daripada lapan wanita, tujuh kanak-kanak dan 15 orang lelaki serta warga tua. 

    Mangsa lelaki ditembak di bahagian dahi dan mayatnya ditendang ke dalam lubang. Mangsa waita pula diperkosa sebelum dibunuh dan kanak-kanak kecil serta warga tua disembelih. Myo sendiri mengakui yang dia pernah memperkosa mangsanya. 

    Dalam satu kejadian, seramai 10 penduduk kampung yang dipercayai anggota pemberontak ditangkap dan ditembak sehingga mati.

    Sementara itu, Zaw Naing Tun berkata, dia sendiri menyaksikan seorang sarjan dan koperal memperkosa tiga wanita Rohingya semasa menggeledah rumah penduduk. Namun dia menegaskan dia tidak melakukan perbuatan itu. 

    Zaw hanya mengakui dia terlibat dalam operasi itu dan mengambil harta benda penduduk selepas diberi keizinan oleh pegawai unitnya. 

    "Kami masuk ke pasar, hancurkan kunci dan pintu. Kami ambil wang, emas, pakaian, makanan dan telefon bimbit. 


    "Lebih kurang 80 orang terbunuh (dalam operasi itu yang dilakukan dalam 20 kampung) termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua. Pembunuhan itu disahkan oleh Komander Batalionnya, Leftenan Kolonel Myo Myint Aung. 

    Lebih dari 700,000 orang Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar ke negara jiran, Bangladesh untuk mendapatkan perlindungan sejak Ogos 2017. Namun, Kerajaan Myanmar menafikan tuduhan menghapuskan etnik tersebut. 


    Myanmar sehingga kini tidak menerima Muslim Rohingya sebagai rakyatnya dan menganggap kaum itu telah berhijrah secara haram dari Bangladesh, walaupun keluargam ereka telah tinggal di Myanmar selama beberapa generasi. 

    Hampir semua warga Rohingnya dinafikan hak kewarganegaraan sejak 1982. Mereka juga dinafikan hak untuk bergerak bebas dan hak-hak asasi yang lain. 

    Sumber: Daily Mail



    from The Reporter https://ift.tt/2FpAjYg
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment