loading...
  • Breaking News

    Monday, September 7, 2020

    Lelaki perkosa isteri rakan yang sedang mandi, ugut tikam dengan pisau jika ingkar


    Seorang lelaki tergamak memperkosa isteri kepada rakannya sendiri yang ketika itu sedang berada di dalam bilik mandi.

    Pada awalnya, suspek berusia 35 tahun datang untuk menziarahi rakannya itu. Namun, rakannya tiada di rumah pada waktu itu dan rumahnya pula dalam keadaan sunyi sepi. 

    Ketua Polis Daerah Tanjung Jabung Barat, Guntur Saputro berkata, rakan suspek pada waktu itu sedang bekerja di Jambi dan hanya isterinya yang berusia 19 tahun tinggal di rumah dan sedang mandi. 

    Di kesempatan itu, suspek nekad untuk masuk ke rumah itu dan terus pergi ke bilik mandi. 

    Suspek menarik mangsa keluar dari bilik mandi dan mengheretnya ke bilik tidur sebelum diperkosa. 

    Mangsa sempat melawan tetapi suspek menyuruhnya menuruti saja arahannya atau akan ditikam dengan pisau. 

    Selepas melakukan perbuatan keji itu, suspek terus melarikan diri dan mangsa segera memaklumkan kejadian itu kepada suaminya sebelum kedua-duanya membuat laporan polis. 

    Bertindak di atas laporan itu, polis berjaya memberkas suspek di sebuah warung pada jam 10 malam Sabtu lalu. 

    Suspek sempat melawan anggota polis menggunakan pisau tetapi percubaannya gagal dan suspek ditahan untuk tindakan lanjut. 

    Sumber: Tribun News



    from The Reporter https://ift.tt/3h608JV
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment