Jumlah individu yang dijangkiti Wabak Covid-19 menunjukkan peningkatan yang ketara sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, ramai yang bertindak melanggar SOP meskipun pihak berkuasa sudah menguatkuasakan larangan di seluruh negara.
Ada yang tidak memakai pelitup muka, berkumpul melebihi had yang ditetapkan, berkunjung ke 'red zone' tanpa rasa takut, tidak mematuhi penjarakkan sosial dan banyak lagi.
Semalam, tweet balas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengundang pelbagai reaksi netizen di mana beliau berkata,
"How about all stay at Home for awhile again?"
Ada netizen yang bersetuju dengan cadangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.
"Rasanya better juga kalau satu Malaysia buat lock 14 hari balik dari sesetengah tempat sahaja buat. Pastu nanti kena lock PKPD macam kat Kedah je pun tak habis-habis. Mana yang cakap aku tak apa, makan gaji, sorry okay. Aku menganggur, sejak PKP awal tahun lagi dah hilang kerja," kata Najwa Iskandar.
"Give it a try for awhile. But please jangan lama sangat MCO tu. Fight Covid-19 and economy both important. But first fight Covid lah, MCO again," kata Azimah Amin.
"Kalau inilah keputusan yang terbaik untuk menurunkan jumlah kes dalam tempoh terdekat, jadi kami tiada pilihan lain. Pencegahan lebih baik dari mengubati," kata MYcaveman.
Tidak kurang juga netizen yang membantah cadangan itu.
"Tidak sama sekali! Kami tak boleh hadap PKP lagi. Tolong tutup sempadan dan perjalanan rentas negeri serta kuatkuasakan SOP, kenakan saman," kata Vivienne Lo.
"Allahurabbi, please la jangan. PKP dulu pun nasib baik tak kena buang kerja. Walaupun tak ada gaji, tapi bersyukur tetap ada kerja. PKP 2.0 ni silap-silap kena buang kerja pula," kata Dean Paung.
"Kami dah menganggur dan tiada pendapatan untuk beberapa bulan dah. Sampai sekarang tak dapat cari kerja. Macam mana kami nak hidup? Banyak keluarga yang terkesan, apa yang kami nak buat kalau PKP dilaksanakan semula?" kata Karthi Alaiyeadzam.
Apa pandangan anda?
Sumber: Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
from The Reporter https://ift.tt/2ETWvtC
via IFTTT
No comments:
Post a Comment