loading...
  • Breaking News

    Saturday, April 3, 2021

    'This woman has assaulted me!' - Pelajar asing naik lemak, buat dakwaan palsu kononnya diserang Polis Bantuan (wanita) UIA


    "Excuse me, if you touch me, I'll take you to court... this woman has assaulted me.." demikian kata pelajar asing di UIA yang mendakwa dia telah diserang oleh Polis Bantuan. 


    Video berdurasi 1 minit 36 saat itu viral di media sosial dan jelas sekali menunjukkan lelaki terbabit membuat provokasi terhadap Polis Bantuan berkenaan dengan mengugut merakam video dan menyebarkan video itu di media sosial agar semua percaya dengan dakwaan tidak berasasnya itu. 


    Berdasarkan video itu, polis bantuan berkenaan cuba mengambil semula telefon bimbitnya yang telah diambil oleh pelajar terbabit. Tetapi pelajar itu berdegil dan enggan memulangkannya. 


    Hal itu membuatkan anggota berkenaan tiada pilihan lain dan terpaksa merampas telefon bimbitnya di tangan lelaki itu yang tidak mahu memberikan kerjasama dan mengugut mahu merakam video tersebut. 


    Ekoran dari kejadian itu, pelajar terbabit telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana mengganggu penjawat awam menjalankan tugas. 



    Di media sosial, netizen juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pelajar itu yang tidak sedar akan kedudukan dirinya sebagai pelajar asing yang hanya datang menumpang mencari ilmu di negara ini. 


    "Foreigner ni dengan penguatkuasa pun tak ada rasa hormat. Dengan rakyat biasa pun sampah dibelasahnya patah tujuh batang gigi (kes tegur tak bagi signal di Sabah baru-baru ini). Berlembut sangat dengan puak-puak diorang ni, memang naik lemaklah," kata netizen. 


    "Dahlah menumpang mencari ilmu di sini, bersyukurlah. Ini tak, kacau penjawat awam buat kerja. Kurang ajar betullah. Dok ambil phone orang pasal apa? Nasib baiklah akak polis itu penyabar orangnya," kata netizen yang lain. 


    Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



    from The Reporter https://ift.tt/3dzuUv7
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment