loading...
  • Breaking News

    Friday, April 2, 2021

    Wanita gunting alat sulit teman lelaki yang disyaki curang


    Seorang wanita berusia 40 tahun warga Vietnam yang menetap di Taiwan, menyerah diri kepada polis setelah menyesal dengan tindakannya memotong alat kemaluan teman lelakinya. 


    Suspek didakwa memotong alat sulit teman lelakinya yang sedang tidur dan alat pembiakan itu kemudian dibuang ke dalam tandas. Suspek mengaku berbuat demikian kerana dia mengesyaki lelaki itu curang terhadapnya.


    Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 11 pagi di Changua, Taiwan, pada 30 Mac 2021. Huang, 52, hanya menyedari perbuatan suspek sebaik saja dia bangun dari tidur dan berasa sakit di bahagian alat sulit. 


    Suspek  memotong alat sulit teman lelakinya menggunakan gunting sebaik saja mangsa tertidur selepas diberi hidangan mee ayam yang dicampur dengan wain mengandungi alkohol 16 peratus.


    Apabila polis dan paramedik tiba di lokasi terus bertanya di mana bahagian sulit yang telah dipotong itu. Suspek memaklumkan, bahagian yang dicari itu telah dibuang dan dipam dalam tandas. Turut ditemui, sepasang selipar yang berlumuran darah.


    Mangsa yang masih sedar walaupun kehilangan banyak darah dihantar ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan segera.


    Jurucakap hospital berkata, doktor telah melakukan pembedahan kecemasan bagi menghentikan pendarahan dan untuk memperbaiki saluran kencingnya. Kemaluan mangsa hanya tinggal 20 peratus iaitu kira-kira 1.5 sentimeter. Doktor tidak dapat menyambungkan semula bahagian yang dipotong kerana suspek telah membuangnya.


    Sumber: Mothership



    from The Reporter https://ift.tt/39ARGRS
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment