Dalam kejadian jam 4 pagi Jumaat lalu di Kampung Layang-Layang, Kluang, Johor, mangsa telah dihubungi oleh teman lelaki baharu kepada tunangnya yang mengajak untuk bertemu dan menyelesaikan masalah yang timbul secara baik.
Sepupunya, Umi Maisara berkata, mangsa kemudian pergi seorang diri bertemu dengan mereka berdua di sebuah restoran 24 jam untuk menyelesaikan salah faham di antara mangsa dan tunangnya.
"Dia meminta sepupu saya datang ke kedai mamak tempat dia dan kekasihnya lepak. Sepupu saya datang seorang diri untuk menyelesaikan masalah dengan cara baik seperti yang dikatakan.
"Selepas sepupu saya sampai di tempat itu, kekasih perempuan itu telah memukul sepupu saya. Tidak lama selepas itu, muncul 20 orang lelaki dari arah berlainan terus memukulnya beramai-ramai.
Umi mengesyaki kejadian itu sudah dirancang dan mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
"Penjenayah masih telepas. Tunang sepupu saya juga telah membuat laporan palsu dan mendakwa sepupu saya yang menyerangnya.
"Saya harap pihak polis menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan segera," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2CAZPmG
via IFTTT
No comments:
Post a Comment