Bank Simpanan Nasional (BSN) menasihatkan orang ramai berhati-hati apabila terlibat dalam urusan transaksi tunai dan tidak menerima atau menukar mana-mana wang kertas yang dicemari dakwat kekal.
Menurut BSN, wang yang tercemar itu mungkin dicuri dari mesin ATM dan tidak dapat ditukar semula.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA DIBERI WANG KERTAS DICEMARI DAKWAT?
- Jangan terima mana-mana wang kertas yang dicemari dakwat kekal
- Segera membuat laporan polis dan memberi maklumat berkaitan dengan transaksi wang kertas dicemari dakwat kekal.
Mei 2015, Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan teknologi 'kesan dakwat' bagi menangani insiden mencuri yang membabitkan mesin ATM.
Teknologi yang dibangunkan oleh syarikat Perancis, Oberthur Cash Protection itu akan mengeluarkan dakwat yang tidak dapat dipadamkan dan mengotorkan wang kertas di semuat sudut jika berlaku cubaan untuk memecahkan mesin ATM.
Wang kertas yang tercemar itu akan hilang tender sahnya dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam edaran.
"Bagi memastikan inisiatif ini berkesan, orang ramai dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga menerima mata wang yang sudah tercemar, yang kemungkinan besar wang curi.
"Wang kertas yang dicemari dakwat itu tidak boleh dicuci dan perlu dipulangkan kepada bank pusat untuk penggantian," Timbalan Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim.
from The Reporter http://ift.tt/2kInf21
via IFTTT
No comments:
Post a Comment