loading...
  • Breaking News

    Monday, January 15, 2018

    'Beli dryer di rumah ibarat hadiahkan bibik/kedai dobi kepada isteri'


    Alangkah bahagianya isteri bila dibelikan alatan elektrik yang boleh memudahkan kerja-kerjanya menguruskan rumah tangga (tetapi bahagia 200% kalau suami pun turut sama membantu). Apalah salahnya jika suami laburkan sedikit wang untuk membeli barang keperluan ini yang juga amat berguna terutamanya di musim hujan. 

    Ada banyak pilihan, jenama dan harga. Belilah model yang mengikut kemampuan. Jika menurut lelaki ini, mesin pengering pakaian yang dipilihnya tidak sampai RM800. Katanya amat berbaloi untuk dibeli. Apa lagi suami? Hehe! Semoga bermanfaat.

    TENGAH buat apa tu? Tengah beratur panjang menunggu giliran di kedai dobi ke? Hehe! Saya dulu pun begini juga. Beratur panjang untuk membasuh dan mengeringkan pakaian di kedai dobi. Tetapi sekarang tidak lagi selepas wujud 'bibik' elektrik ini.

    Kisahnya sekitar Disember 2016 - Januari 2017. Tarikh ini saya ingat sebab setiap kali beli barang-barang mahal, saya akan tulis tarikh pembelian pada barangan tersebut. Hahaha! Tujuannya untuk melihat sejauh mana ia bertahan dan betul tak ia berbaloi. 

    Sebelum saya membeli benda alah ini, sebulan mesin basuh lama saya rosak dan sepanjang tempoh sebulan itulah saya berulang-alik ke kedai dobi layan diri berdekatan rumah untuk membasuh pakaian. 

    Lama juga saya survey sebelum membuat keputusan, sebulan dua juga. Kenapa ambil masa sampai berbulan-bulan? Sebab apa sahaja barang yang berharga RM1,000 ke atas, ia adalah mahal di mata saya. Ya, apa sahaja. Dan jika dibeli, saya akan pastikan ia berbaloi dan guna sampai lunyai. 

    Dalam tempoh survey itu juga, saya ada bertanyakan pandangan rakan-rakan Facebook mengenai model mesin basuh yang sesuai. Dari situlah, ada yang mencadangkan mesin pengering pakaian ini. Ketika membuat tinjauan tentang alat ini, agak mahal juga. 

    Apa yang saya buat ialah, survey di internet dan kemudian buat perbandingan di kedai-kedai elektrik. Semua yang saya lihat berharga sekitar RM1,200 ke RM2,000 ke atas. Ada juga model yang dua dalam satu; mesin basuh dan pengering dalam satu mesin. 

    Akhirnya saya terjumpa satu model yang tidak terkenal ini dengan harganya tidak sampai RM800 untuk muatan enam kilogram. Saya cuba membuat pencarian di Google untuk mendapatkan testimoni tetapi tidak banyak. Dengan waranti selama dua tahun, saya kira ia berbaloi. Congakan saya, RM800 bahagi 24 bulan bersamaan dengan RM33 sebulan. 

    Kiraan ini perlu diambil sekali dengan bil elektrik, sekitar RM20 ke RM50 pada anggaran saya. Total kos termasuk elektrik sekitar RM20 ke RM70 sebulan. Masih berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan perkhidmatan dobi layan diri. 



    Setelah mengambil kira semua faktor, saya beli secara online. Selepas membeli mesin basuh baru untuk kegunaan keluarga dengan anak empat orang yang bersekolah. Alhamdulillah selepas setahun lebih menggunakan alat ini, ia memang pelaburan yang berbaloi!. 
    • Tak perlu lagi sidai baju
    • Apabila tak perlu sidai baju, maka tak perlu lagi angkat baju yang disidai
    • Tak perlu risau baju lambat kering
    • Tak perlu risau baju yang disidai menjadi basah akibat hujan
    • Tak perlu lagi pergi ke kedai dobi untuk mengeringkan baju
    • Tak perlu lagi menunggu lama di kedai dobi di musim sejuk begini
    • Apabila tidak perlu ke dobi, maka banyak masa dapat dijimatkan. Dapat buat kerja ketika baju dibersihkan.
    • Dapat keringkan baju dengan cepat jika kecemasan
    • Dan yang paling penting, dapat meringankan beban isteri sebab selama ini isteri saya yang banyak melakukan kerja-kerja di atas. Hahaha! 
    Selepas setahun, boleh saya simpulkan bahawa, membeli dryer di rumah ibarat menghadiahkan bibik/kedai dobi kepada isteri. Apa yang lebih bahagia dari melihat isteri tersenyum?




    from The Reporter http://ift.tt/2DgfYSg
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment