Padah menjalinkan hubungan sulit dengan perempuan lain, seorang lelaki mati dibunuh oleh isteri keduanya.
Dalam kejadian jam 12.45 malam di Pekanbaru, Riau, Indonesia, Sari Purwati, 44, disyaki telah membunuh suaminya, Amrin, 62, selepas berlaku pertengkaran di antara mereka berdua.
Ketua Polis Riau, Susanto berkata, mangsa dipercayai telah dibelasah sehingga mati oleh enam orang termasuk anak tirinya sendiri.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan isteri kedua mangsa dan semua suspek yang terlibat.
"Enam orang yang dipercayai membelasahnya sehingga mati sudah ditangkap termasuk isteri kedua. Semuanya anggota satu keluarga.
"Kami turut menyoal wanita disyaki kekasih mangsa yang berusia 29 tahun. Wanita terbabit turut diikat dan dipaksa menyaksikan mangsa dibelasah," katanya.
Sumber: Harian Metro, Detik News
from The Reporter http://ift.tt/2Dqu0yv
via IFTTT
No comments:
Post a Comment