loading...
  • Breaking News

    Friday, January 12, 2018

    'Comelnya baby Maryam, hidung mancung!' - Netizen teruja Fizo Omar kongsi gambar baby Maryam


    Baru saja dimuat naik lima jam yang lalu, namun gambar anak sulung pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim sudah menerima 55,000 likes di Instagram. Rata-rata netizen memuji kecomelan wajah bayi yang diberi nama Wan Maryam binti Wan Hafizol. 


    "Assalamualaikum. Hye semua uncle and aunty, kawan daddy and mummy dalam Instagram dan Facebook ini.  Nama saya Wan Maryam binti Wan Hafizol. Hari ini genap dua minggu umur saya. Terima kasih kepada yang mendoakan kami semua selama ini. 



    "Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mummy Rose @Mawar_Karim yang 24 jam bersama saya selama sembilan bulan ini. Mummy bertarung nyawa nak melahirkan saya pada 29 Disember 2017. Saya pula asyik tendang perut mummy saja sebelum ini. Sorry yea mummy!




    "Empat tahun mummy dan daddy tunggu saya dan saya tahu yang paling happy adalah neny saya, Puan Faridah dan tok bah saya, Encik Aminuddin sebab saya ini cucu pertama. Tok ma pun happy sangat sebab dia selalu cakap satu saja permintaan dia yang belum capai adalah nak tengok anak Fizo. 



    "Alhamdulillah dengan kehadiran saya ini, semoga membawa keberkatan dan menggembirakan semua orang. Doakan saya sentiasa sihat dan menjadi anak yang solehah." tulis Fizo di Instagramnya.







    Baby Maryam (2.78kg) selamat dilahirkan pada jam 4.10 petang Jumaat, 29 Disember 2017 di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. 



    Fizo dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan impian mereka untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas Mawar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim tahun lalu. 


    from The Reporter http://ift.tt/2D5D0My
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment