Viral di media sosial beberapa gambar seorang bapa yang meratapi pemergian isterinya, Norashida Abd Karim, 33, yang dilaporkan meninggal dunia ketika melahirkan anak kedua.
Turut bersama dalam gambar tersebut adalah anak sulung pasangan berkenaan, membuatkan netizen terasa sayu dan sebak.
"Si ibu dijemput Sang Pencipta ketika melahirkan anak yang kedua. Si abang teruja nak dapat adik, tapi sebaliknya terjadi. Si abang kehilangan kedua-duanya tetapi dia masih positif," tulis laman Facebook yang memuat naik gambar-gambar tersebut.
Berdasarkan kapsyen dalam gambar yang dipercayai dirakam oleh ahli keluarga mereka juga membuatkan netizen berasa simpati dengan kejadian yang menimpa dua beranak itu.
"Dia cakap kat ayah dia, 'Mama dengan adik tunggu kat syurga eh? Tunggu kita datang kan? Allah mesti sayang dekat mama dengan adik kan? Sebab tu Allah ambil mama dengan adik'. I'm gonna cry so hard.
"Adik nak tidur dengan mama. Lepas ni dah tak dapat nak tidur dengan mama dah."
Dalam laporan Sinar Harian, abang kepada Allahyarham, Zuhairy tampil memberi penjelasan sekali gus menafikan beberapa dakwaan yang tidak betul tersebar di media sosial.
Menurut Zuhairy, anak adiknya telah meninggal dunia ketika dalam kandungan sebelum dilahirkan pada Ahad lalu, yang dipercayai berpunca tali pusat terbelit di lehernya dan usia kandungan pula adalah 34 minggu.
Selepas bersalin, Norashida berada dalam keadaan normal dan mampu untuk makan dan minum. Namun secara tiba-tiba pengsan dan koma sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam.
Jelas Zuhairy, adiknya meninggal dunia akibat Pulmonary Embolism, iaitu darah beku dalam saluran darah ke paru-paru, bukan disebabkan pendarahan seperti yang didakwa dalam media sosial.
"Arwah meninggalkan seorang anak lelaki berusia tujuh tahun. Namun apa yang ditularkan adalah kanak-kanak tersebut berusia lima tahun. Hal ini tidak benar.
"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana masyarakat tidak tahu perkara yang sebenar berhubung kematian adik saya," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2OfKZIV
via IFTTT
No comments:
Post a Comment